subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Saturday 27 April 2013

LAFAZ YANG TERSIMPAN |Tangisan Pemuda Berserban|

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



::: <3 LAFAZ YANG TERSIMPAN <3 :::

Dilontar jauh pandangannya. Merenung takdir Ilahi. Angin berteman debuan sahrawi (padang pasir) menampar lembut ke pipi. Ada titis airmata menemani pemuda berserban itu. Resah terserlah dimata yang berkaca.

"Ibu....."Airmata pemuda itu menitis untuk kesekian kalinya. Bukan kerana tidak dapat menerima takdir Ilahi tetapi adalah kerana rindunya yang membuak terhadap seorang ibu yang telah pergi selamanya. Menyahut panggilan Ilahi.

"Ibu... Muhammad rindukan ibu." Rintih pemuda itu persis seorang anak kecil.

"Ibu, bagai baru semalam ibu mengusap lembut rambut Muhammad. Bagai baru semalam ibu mencium dahi Muhammad. Bagai baru semalam ibu membisikkan kata semangat pada Muhammad. Dan bagaikan baru semalam ibu mendoakan kesejahteraan Muhammad... Doa ibu....." Pemuda itu merintih lagi. Lebihan lilitan kain serban beralun mengikut angin yang menyapa.

"Ya doa ibu.... Tiada lagi doa ibu untuk Muhammad. Sedangkan doa ibulah yang menjadi peneman Muhammad selama ini. Muhammad berhijrah dan jihad menimba ilmu disini juga kerana doa dari ibu. Jauh Muhammad merantau. Segalanya demi ibu..." Pemuda berserban putih itu kini berada dibumi Mesir. Masih terkilan kerana tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir.

"Ibu..... Muhammad rindukan ibu... Muhammad rindukan doa dari ibu." rintihannya makin sayu. Terimbau kembali kenangan bersama ibu. Dia terlalu menyayangi ibunya tetapi sukar sekali untuk mengungkap lafaz cinta itu. Baginya anak lelaki perlu kuat, tidak boleh manja-manja. Lantaran itu, dipendam sahaja perasaan sayang jauh dilubuk hati. Dia tahu ibunya pasti dapat merasakan kasih sayang itu walaupun tak pernah terucap dibibir. Namun kini dia menyesal. Dia tidak dapat lagi meluahkan segala rasa sayang pada ibu tercinta kerana ibu itu telah pergi selamanya.

"Ibu, Muhammad sayangkan ibu. Ibu dengarkanlah luahan hati Muhammad. Bertapa ruginya Muhammad tak dapat mengucapkan rasa cinta dan kasih Muhammad pada ibu disepanjang usia ibu dahulu. Muhammad menyesal ibu....." Pemuda itu membiarkan saja airmatanya deras menitis kebumi anbiya. Lafaz yang tersimpan sudah tiada maknanya lagi. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Walaupun doa dari ibu telah tiada, baginya biarlah doa dari dia untuk ibunya akan terus mengalir selagi hayat masih diberi Ilahi.

Story by: Layna Marconaa
Picture by: Rusydee Artz | Lukisan Dakwah 



 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




1 comment:

  1. syukran...kisah ni betul2 menyentuh hati saya. Moga ALLAH memberi kekuatan hati & ketabahan jiwa kepada Muhammad khususnya dan kita semua amnya

    ReplyDelete