subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday 31 August 2012

::: Paksalah hati mengingati Tuhan :::


"Allah tidak pernah berjanji kepada sesiapa yang taat dan patuh kepadaNya
akan bahagia dan senang didunia yang sementara,

tetapi,

Dia berjanji kepada sesiapa yang taat dan patuh kepadaNya
akan bahagia dan senang diakhirat yang kekal selama-lamanya..."
______________________________________________________

Bila hati payah mengingati Allah...
Bila hati tak syukur dengan kesenangan...
Bila hati tak sabar dengan kesusahan...
Bila kurang terkesan oleh peringatan...
Bila cintakan diri lupakan kawan...
Bila cenderung pada yang haram dan dosa...
Suka menzalim dan menganiaya..
~~itulah petanda hati telah buta~~

Paksalah hati mengingati Tuhan
Belajarlah syukur dengan yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu ceduklah titisan peringatan
Jauhilah yang haram dan syubhat


carilah bimbingan solehin terdekat
bersahabat dengan orang yang baik
pemurah, pemaaf dan bersedekah…
nescaya hati kan bercahaya semula!

~Rujukan:Ustaz Pahrol~

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH



~::: RENUNGAN :::~


tak payah sibuk nak cari tulang rusuk kiri
kalau Syurga di tapak kaki tu pun tak mampu nak jaga...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 



Thursday 30 August 2012

~::: RENUNGAN :::~


Tidak mustahil orang yang paling banyak buat kita tersenyum pada hari ini,
suatu hari nanti boleh menjadi
orang yang paling banyak buat kita menangis saban hari...


"Cintailah sesuatu itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,
bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

~::: Kata-kata Imam Al-Ghazali :::~


"Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."

(Imam Al-Ghazali)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

Tuesday 28 August 2012

♥ ::: KASIHNYA ALLAH PADA KITA ::: ♥


♥ ::: KASIHNYA ALLAH PADA KITA ::: ♥

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, "sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

RASA SEDIH?

"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita."
Surah At-Taubah ayat 40

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..
Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!

"......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf ayat 12

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: JOM SANTAI-SANTAI BELAJAR BAHASA KEDAH :::


::: JOM SANTAI-SANTAI BELAJAR BAHASA KEDAH :::

KALAU HAMPA RAJIN,
Cuba bina ayat menggunakan perkataan dari gambaq ni...:)

# Maaf.
Mungkin ada sesetengah perkataan yang kita(orang utara) xpernah guna @ dengar @ agak kasar...
Ejaan pada perkataan bukan untuk "buat terok" tetapi sekadar ingin memudahkan sebutan...
Tujuannya disini adalah untuk kita sama2 belajar bahasa dan berkongsi maksudnya bersama2... insyaAllah :)


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Monday 27 August 2012

~::: RENUNGAN :::~


Jika Kebenaran didunia ini tidak nyata
maka bersabarlah kerana
akan ada kebenaran
di akhirat kelak...

“Hendaklah ada diantara kalian suatu umat yang mengajak kepada kebaikan, mereka memerintahkan kepada yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung”. (Ali Imran: 104) 



______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

Sunday 26 August 2012

~::: Jika Aku Pilihanmu :::~


~::: Jika Aku Pilihanmu :::~

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,

Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,

Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,

Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,

Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yang menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,

Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku isteri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,

Ketahuilah,

Aku akan memilihmu kerana-Nya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah..

“Kau memilih aku kerana ALLAH”

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Friday 24 August 2012

::: wajah Baginda Rasullullah S.A.W yang cantiknya cahaya wajah Nabi bukan ibarat bulan yang 'mampu ditatap lama' .. bahkan cahaya wajah Baginda bagaikan matahari.. :::


WANITA tidak seharus menjadi BULAN yang dapat ditatap oleh semua lelaki.Tetapi, perlu menjadi MATAHARI yang silau, yang dapat menundukkan kaum Adam sebelum MEMANDANG

- via AkuIslam.com

_______________________________________


Teringat dgn tazkirah yang beri tentang wajah Baginda Rasullullah S.A.W yang cantiknya cahaya wajah Nabi bukan ibarat bulan yang 'mampu ditatap lama' ..
bahkan cahaya wajah Baginda bagaikan matahari..'
...
Tidak ada mata yg mampu menatap matahari lama-lama kerana sinaran cahayanya yang memancar sangat hebat.'

Begitulah diibaratkannya.. sungguh tak tergambar, kecantikan, keelokkan rupa paras Baginda Sallallahu'alaihi wasallam..'

Namun begitu sekali sinaran wajah Baginda..
di akhirat kelak..
ada juga dikalangan ummat Muhammad yg tidak nampak Baginda
(nauzubillah)..
mereka itu ialah ' orang-orang yg enggan mengikut ajaran dan sunnah Nabi Sallallahu'alaihi wasallam..

Ya Allah aku memohon hanya padamu semoga kami termasuk dikalangan yg menjunjung tinggi ajaran dan sunnah-sunnah KEKASIH AGUNG kami dengan sepenuh cinta di hati kami,
agar kami tidak menjadi dikalangan yg 'haram' melihat wajah KEKASIHMU walau hanya sebelah mata kami Ya ALLAH...
Aamiin Ya Allah....
______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿ SEMENTARA MASIH DIBERI WAKTU ✿



✿ SEMENTARA MASIH DIBERI WAKTU ✿

~Ambil waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

~Ambil waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

~Ambil waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

~Ambil waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
...

~Ambillah waktu untuk mencintai dan cintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

~Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

~Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

~Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

~Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

~Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju Syurga...

"Sakit, pedih, suka, duka, gembira, bahagia,
segala yang kau tempuhi didunia hanyalah sementara,
kau tetap perlu terus melangkah walau seperit mana yang kau rasa,
kerana setiap kisah kita punya penghujungnya,
andai kau berhenti melangkah dan mensia-siakan segalanya,
maka disitulah akhirnya kisah hidupmu didunia..."

"Hidup umpama buku cerita,
kita tidak akan tahu akhirnya,
andai takut untuk membaca helaian seterusnya..."

"Sahabat, sementara kita masih diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk bernafas dan hidup diatas bumi-Nya ini, marilah kita mengumpul bekalan sebanyak yang mungkin untuk dibawa ke tempat yang abadi disana(Akhirat)..."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: kamu sanggup mati utk cinta manusia, tapi sanggupkah kamu mati utk pencipta cinta itu? :::


ustaz:kenapa kamu bercouple dengan dia???

remaja:sebab saya cintakan dia la ustaz.

ustaz:apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?

remaja:saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati utk dia.

ustaz: boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?

remaja: ustaz ni gila ke? mati la saya kalau macam tu.

ustaz: ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia... tanpanya, kamu akan mati...
bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia...
kamu sanggup mati utk cinta manusia, tapi sanggupkah kamu mati utk pencipta cinta itu???


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Wednesday 22 August 2012

~::: ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG BERLAKU :::~


orang yang bersih hatinya
sentiasa rendah diri dgn Allah,
sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya,
jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"kerana dosa akulah ujian itu datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yg amat dasyat."
Aamiin Ya Rabb...
________________________________

Dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.
mcm kita sekarang juga,
kita nakkan sesuatu kita kenalah usaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan...
Jadi klu kita nakkan kasih sayang dan perhatian Allah S.W.T.
kenalah kita redha...
InsyaAllah mesti ada rahmat dan nikmat disebalik itu semua...
bersabarlah, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH..
InsyaAllah...Ada hikmah disebalik apa yg berlaku...
Dan yakinlah ada ALLAH yang sentiasa bersamamu...


Allah SWT berfirman:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?”.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 214)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Sunday 19 August 2012

~::: Tutuplah aurat mu dengan sempurna ketika masih bernyawa :::~


Abang.. KENAPA 7 KAKI?

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

...
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)


••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.

SubhanaAllah Allahuakhbar! cantikkan aturan Allah.. 
^_^


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday 16 August 2012

~ KEMATIAN PASTI TIBA~


Ustaz tanya : "Siapa nak masuk Syurga?"

Semua pelajar angkat tangan.

Ustaz tanya lagi : "Siapa nak mati?"
Tiada seorang pun angkat tangan.

Ustaz senyum dan sambung....
"Kalau takut mati macamana nak masuk Syurga? Bukan ke kalau masuk Syurga kena mati dulu? "

: ^_^"

Mudahnya bercakap soal syurga bila amalan entah ke mana ...

-Muhasabah bersama-

_________________________


Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta...

Mati satu tarikh tidah dapat ditunda...


______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

~ SALAM AIDILFITRI~


Ramadhan kian pergi..sedih dan sayu rasanya..
sebab belum tentu tahun depan kita dapat merasai Ramadhan lagi.. Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua.. Aamiin Ya Rabb..

Alhamdulillah Syawal akan menjelma..
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

dan ingin mohon Maaf andai diri ini ada melakukan kesalahan kepada sahabat-sahabat semua..Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

Taqaballahu minna wa minkum soleh al-a'mal....

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::MENCARI YANG SEMPURNA? KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH:::


:::MENCARI YANG SEMPURNA? KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH:::

Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,
Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…

Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
Itulah PASANGAN saling melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??
Tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Ridha-Nya..

Ingatlah...Kesempurnaan Hanya Milik Allah.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Wednesday 15 August 2012

::: Puasa xpenoh, ponteng solat, xboleh raya :::



Puasa xpenoh, ponteng solat, xboleh raya....! :)

Please like this page...
______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::♥ MERINTIHLAH HANYA PADA ALLAH ♥:::


:::♥ MERINTIHLAH HANYA PADA ALLAH ♥:::

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit , Allah akan utuskan 4 malaikat:

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA .

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA .

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat ) .

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA .

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat , Allah akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka .

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa .. Subhanallah
__________________________________________________

Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya

(HR Thabarani dari Abu Umamah)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: Hidup ini bagaikan RODA :::


::: Hidup ini bagaikan RODA :::

Hidup ini bagaikan roda.
Ada waktu naik dan ada waktunya turun.
Begitu juga dengan manusia.
Begitu juga dengan iman.
Pokoknya, kitalah yang mengawalnya,
kitalah yang menanganinya,
kitalah yang akan menghadapi situasinya sama ada dengan menggunakan akal atau emosi,
rasional atau nafsu.
Kita mampu membuat pilihan yang terbaik untuk diri.
Adakalanya sesuatu yang difikirkan buruk untuk kita boleh jadi yang terbaik untuk kita.
Begitu juga sebaliknya.
Apa yang difikirkan baik untuk diri boleh jadi bukan yang terbaik untuk kita.
Kita berhak menentukannya.
Hadapi semua dugaan yang mendatang dengan tenang dan berusaha dengan penuh kesabaran dan keikhlasan supaya kita akan sentiasa tersenyum . =)

Ingatilah Allah adalah suka dan dukamu,
hidup ini bagaikan roda yang sentiasa berputar kadangkala ia berada dibawah dan diatas,
Namun keimanan kita sentiasa utuh dan kuat dalam mencapai redhaNya..
Tanpa Rahmat dan kasih sayangNya tidak mungkin kita dapat menghirup udara dan melihat alam yang indah di sinari RahmatNya..
siang hari kita menjadi seperti singa yang mencari rezeki yang halal di atas muka bumu ini,
yang hanya pinjaman dariNya,
Namun di Malam hari menjadi ulat yang sentiasa merendah diri di malam yang sepi bermunajat kepadaNya..
Berbaik sangka lah dengan Allah..
janji Allah itu pasti buat hambanya yang beriman..


Semua orang pernah berada di bawah.
Dan tak semua orang pernah kekal  berada di atas.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Tuesday 14 August 2012

::: BAWA HATIMU KEPADA TUHAN :::


Carilah kemanisan dalam perjuangan,
Perjuangan mengejar cinta dari TUHAN,
Mehnah mendatang itulah ujian,
Jangan tersungkur walau terbeban,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN,
di sana menanti syurga idaman..

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::AKIBAT TIDAK BERPUASA:::


:::AKIBAT TIDAK BERPUASA:::

Di Neraka...

Mulut mereka robek dan dari robekan itu mengalir darah.........

Rasullulah SAW berkata:
Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya. (HR. An Nasa'i)


______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH