subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Monday 31 October 2011

Alkisah sebuah percintaan antara HATI & IMAN



alkisah sebuah percintaan antara HATI & IMAN 

~ kadang² HATI kering tanpa sinar hidayah daripadaNYA . . 
Oh IMAN.
janganlah tinggalkan HATI.
HATI sayang IMAN . . 
andai IMAN pergi tinggalkan HATI ,
 pasti HATI terluka . .
 IMANlah penawar HATI . . 
keranamu IMAN . . 
HATI mengenal Sang Pencipta YANG MAHA PENGASIH . . 
yang telah mengurniakan IMAN pada HATI . .
IMAN , HATI perlukan mu IMAN . .
Ya ALLAH , peliharalah IMANku ini Ya ALLAH . . IMANlah sebaik² teman yang indah sekali buat HATI . . ~

HATI hampa tanpa IMAN

:'(

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Buat muslimah sekalian~


~buat muslimah sekalian~~

Tabahkan DIRIMU bak srikandi KHADIJAH
Haluskan AKHLAKMU seperti FATIMAH AZ-ZAHRA
Sampaikan ILMUMU sebijak si AISYAH
Teguhkan IMANMU seteguh SUMAIYAH
Sucikan HATIMU seperti RABIATUL ADAWIYAH
Barulah dirimu menjadi AINUL MARDIYAH..^^..





wahai gadis solehah, kau pertahankanlah hijabmu, 
walaupun dunia memandang hina, yakinlah kerana Allah 
tetap melihat dengan penuh bangga, akhlakmu kau pelihara, 
maruahmu mesti rapi dijaga, 
pastikan tutur katamu yang lembut, 
moga iman dan taqwa menjadi benteng diri..

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



~Kasih Sayang~


~Kasih Sayang~ 





 pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru...
ketika itu guru sedang mengajar tentang kasih sayang....


pelajar."cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang terbaik sebagai orang yang paling kite sayang??
macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"


CIKGU: " ok kamu ikut ape yg saya suruh.. kamu pergi ke padang
kamu jalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.
pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.
dan petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas"


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangnnye...
cikgu bertanya kenapa tiada yg dipilih??


PELAJAR: " tadi masa saya berjalan, saya carila rumput yang paling cantik
memang ada bayak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,
maka saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi..
tapi sampai di penghujung padang,
saya xjumpa pun yang paling cantik.
mungkin ada diantara yg dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,
jadi tiada la rumput yg saya boleh petik."


CIKGU: "YA itulah jawapannye.
maknanye apabila kita telah berjumpa dengan seseorang  yang kita sayang,
janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
kite patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik-baiknya.
jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
semoga yang berlaku tidak berulang lagi.
dan ingatlah orang yang paling kita sayangi tulah yang paling cantik dan paling baik.
mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.....

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Sunday 30 October 2011

~BERJUANG BERKORBAN DEMI CINTA~



Menarik sangat...rugi x bace tau...sweet..!!!!

Hayatilah...mmg sebuah kisah cinta yg menarik untuk kita baca...
Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.
Kata mak..
Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun 
siswa siswi universiti.
Kata mak,
ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin Cinta pandang pertama.
Mak muslimah yang solehah, beriman, Bertudung labuh dan berjubah lembut.
Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah, Cantik dan menyenangkan.
Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah.
Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya.
Dan kata mak..
"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap..
" Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi. Mak lihat..
"Mak sembahyang, mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.." Cerita mak sambil tersenyum..
Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah.
Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan.
Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe.. Membahagiakan.
Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..
Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya.. Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak.
Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar.
Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik Amat baik. Dan hidup mak sentiasa bersama abah.
Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan.
Abah pangku mak, dan abah menangis.
Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.
Cerita mak..
Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu.
Mak risau dan kelihatan abah..
"Abang ke mana? Risaunya ani.."
"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam tapi disebabkan ramai orang jadi sejam.
Dan abah sanggup buat untuk mak.
Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..
"Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."
"Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.." Dan abah hanya ketawa.
Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara.
Di rumah ada sebuah buku.
Amalan harian di bulan ramadhan amalan setiap hari.
Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut selalu bertukar tangan.
Pernah mak tanya, "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke atau ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..
Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak.
Abah seorang tukang masak yang baik amat baik dan abah selalu membanggakan mak.
Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata. "Beruntung Ani dapat suami macam tu.."
Mak gembira Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang dan itu amat menenangkan mak..
Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan..
Abah terlalu baik, dan mak sentiasa inginkan kebahagiaan abah..
" Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini, Sudah tiada.
Pergi untuk bertemu cinta agungnya..
Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada.
Senyuman yang meredakan tangisan kami.
Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.
Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.
Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..
"Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."
Mak seakan tak lalu makan dan aku cuba menyuap.
Mak menahan sambil menangis.
"Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."
Mak tak boleh mendengar deringan telefon.
"Mak berharap sangat yang telefon tu abah.." Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.
"Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak menarik nafas dalam amat dalam. "Nadwan, mak perlu kuat kan?
Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira.
Mak kena gembira bila abah gembira.
Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali.
Mak juga nak jadi macam abah.
Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?
Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?..
" Mak terus tersenyum.
"Mak nak buat ibadah banyak-banyak mak nak jadi macam abah..
Mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah..
Mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."
Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...
Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka.... amin ya rabbal alamin...

^_^

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




Friday 28 October 2011

~Iman semut vs iman manusia~


iman semut vs iman manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, 
apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; 
lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. 
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: 
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". 
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". 
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: 
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? 
Apakah yang engkau gemar makan? 
Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" 
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". 
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: 
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". 
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, 
dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; 
kemudian Nabi ambil gandum sebiji, 
dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. 
Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. 
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, 
lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: 
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. 
Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, 
ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". 
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, 
kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, 
kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. 
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, 
rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, 
sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. 
Aku takut kamu lupa". 
Itulah Iman Semut!! IMAN MANUSIA?? 
Di zaman Imam Suffian, 
ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. 
Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. 
Bila ada orang mati, 
mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. 
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, 
waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, 
barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. 
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. 
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. 
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: 
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, 
dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. 
Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". 
Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". 
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. 
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia. 

Kata Saidina Ali kepada Kamil:" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, 
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, 
ILMU MENJADI HAKIM, 
HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday 27 October 2011

~Al-Quran sebagai Pembela~


Al-Quran sebagai Pembela

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, 

setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran.
" Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, 
yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. 
"Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, 
"Kenalkah kamu kepadaku?
" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : 
"Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Quran : 
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, 
dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.
" Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: 
"Adakah kamu Al-Quran?
" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. 
Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. 
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, 
sehingga keduanya bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, 
pada hal amal kami tidak sampai ini?
" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Ukhwah Fillah Abadan Abada



Ya Allah...

Andai sahabatku resah...

Tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'firahMu,
Andai dirinya terancam lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu,
Andai tubuhnya kedinginan, 
selimutknlah ia dengan kasih sayangMu,Andai dirinya merindu,rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMu...
Ya Allah...Jangan Kau biarkan hati, 
jiwa dan jasadnya terpesong dengan duniawi,
Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujud ketika menghadapMu,
Berikanlah kejayaan di dunia dan akhirat....
Semoga dirinya (sahabatku) selamanya..
Ku pohon ya Allah.. 
semoga ukhwah kami teguh selamanya kerana diaa sahabatku...
kerana pada jalanMU kami bertemu,
kerana hati kami bertaut ketikamemadu kasih dan sayangMu..
Ku pohon lindungilah dia dengan maghfirahMu.. 
agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman bukan pada nafsu..
agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan agar tidakdipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan.. 
ku pohon agar hatinyabersarang rindu untuk bertemu denganMu.. 
sehingga kami dipertemukan disana nanti.. amin ya rabbal alamin...

Ukhwah fillah abadan abada.

Uhibbukum fillah.


^_^

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH