subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Tuesday 12 July 2016

AURAT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



Agaknya lakan kalau ada hari tutup aurat sedunia bagi sesiapa yang tak tutup aurat dengan sempurna pada
hari itu akan dikenakan denda dan hukuman.. pasti semua akan tutup auratkan kerana takut kena denda dan
hukuman tersebut. Tapi kenapa tak takut dengan hukuman Allah...
_______________________________

Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
_______________________________

Aurat bukan hanya bertudung... Aurat bagi wanita adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki melainkan muka dan tapak tangan 'pergelangan'. Tutup aurat bukanlah membaluti tubuh dgn pakaian tapi berpakaian longgar sehingga tak dapat diukur saiz...

:::PAKAIAN TUTUP AURAT BAGI WANITA:::

MUKA - Menampakkan muka sahaja.
DADA - Melabuhkan tudung menutupi dada.
TANGAN - Menutup hingga ke pergelangan tangan.
PAKAIAN - Tebal, longgar dan tidak menyerupai lelaki.
KAKI - Memakai stokin.
Ilmu dah ada,
Selamat beramal.



Sebelum like, apatah lagi share,
cuba anda fikirkan dulu dosa pahala yang ada dalam video,
atau gambar tersebut.
klu video yg terdedah aurat @ yang tidak berfaedah
janganlah sesekali anda share atau like.
sebab ini soal Saham..
Saham Dunia Akhirat..

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



No comments:

Post a Comment