subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday 27 November 2014

::: RENUNGAN :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



Biarkanlah air mata kita mengalir
kerana diberi petunjuk,
daripada tergoda dengan syaitan yang terkutuk
Biarkanlah air mata kita mengalir
kerana takut api neraka,
daripada terus menjadi Hamba Allah yang durhaka..
Biarkanlah air mata kita mengalir
kerana rindukan Syurga,
daripada terpesona dengan dunia
hingga harga diri tiada Harga

Semoga kita semua selalu dalam naungan Allah s.w.t.
Aamiin Allahumma Aamiin...
 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment