subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday 6 September 2013

ANAK ADALAH AMANAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Didiklah anak-anak kenal Akhirat
kenal HUKUM-HUKUM ALLAH
kerana Anak-Anak adalah AMANAH
bukannya HAK kita.

Sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.”

(Riwayat Ibnu Hibban)


Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga. Dari segala pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa, maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu melahirkan generasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat.

Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

KREDIT: ustaz nor amin
 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

2 comments:

  1. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka walau di mana kita berada. Doakan keselamatan mereka di dunia dan akhirat..doakan mereka mentaati allah dan rasul..barula mereka akan mentaati kita sbg ibu bapa kerana allah.

    ReplyDelete
  2. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka walau di mana kita berada. Doakan keselamatan mereka di dunia dan akhirat..doakan mereka mentaati allah dan rasul..barula mereka akan mentaati kita sbg ibu bapa kerana allah.

    ReplyDelete