subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Tuesday 2 July 2013

:::Jagalah Hubungan Dengan Allah:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara
langit dan bumi supaya tidak berganjak
dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya
dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah.
Sesungguhnya Dia (ALLAH) adalah al- Halim (Maha Penyantun),
lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).

(Fatir 35:41)

Bayangkan kalau Allah tidak menjaga atau membiarkan sahaja setiap hari langit dan segala cenderawala yang bergantungan padanya mendap sedikit demi sedikit ke bawah. Apa yang akan berlaku?
SubhanALLAH....

lihatlah Allah tidak jadikan demikian kerana DIA menjaga kita semua bahkan sekali-kali Allah tidak letih dan tidak tidur dalam mengatur dan menjaga urusan dan keperluan sekalian makhluk-Nya kerana DIAlah sebaik-baik Penjaga...

- Syurga Merinduimu
  (Bersegeralah kepada keampunan dan syurga Allah)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment