subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday, 30 May 2013

:::.. Kelembutan yang menjinakkan hati..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



:::.. Kelembutan yang menjinakkan hati..:::

Suatu malam yang sunyi sepi, kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri menceroboh masuk ke dalam pondok Rabiatul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk; itu pun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa mahu keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menegur si pencuri, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok itu. Dia juga hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku, "Ambillah sesuatu," kata Rabiatul Adawiyah lagi.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini," kata si pencuri berterus-terang. "Ambillah itu!" kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga," jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wuduk menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah dua rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini," balas Rabiatul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwuduk menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabiatul Adawiyah berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku, akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

-Syurga merinduimu (Bersegeralah kepada keampunan dan syurga Allah).

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


1 comment: