subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday, 22 February 2013

KEHEBATAN DOA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....





KEHEBATAN DOA

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu
bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan
stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara
ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat
menghadap Allah SWT;
"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa
bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai
Rabb?" Tanya malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab
Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-
ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi
adalah sememangnya benar setelah diciptakannya
gunung-ganang, bumi pun diam kemudian
berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung
dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah
SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat
dari besi.
Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-
ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan
panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?"
Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api."
Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?"
Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa
air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada
semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat
bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-
Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu
mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT
menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).
Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa
untuk ubah nasib kita!

________________________________

Please like this pages...

SeindahCintaIslam.blogspot


 

No comments:

Post a Comment