subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday 21 December 2012

:::.RENUNGAN |AURAT LELAKI|.:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....





:::.RENUNGAN |AURAT LELAKI|.:::

Kalau wanita muslimah boleh menjaga aurat dengan sempurna (seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan) termasuk berniqab, kenapa masih ada lelaki muslim yang tanpa ada rasa malu membuka aurat malah dengan berasa bangga menayangkan bulu2 kaki (memakai seluar pendek atas lutut). Sedangkan aurat lelaki muslim yang perlu dijaga terlalu sedikit iaitu hanya dari lutut hingga ke pusat (lebih kurang 3 jengkal sahaja).

Sungguh memalukan!

Lelaki seperti ini jika ingin dibuat calon suami, wanita perlulah fikir semasak2nya biarpun sehingga hangit masih tidak mengapa. :)
Ini kerana, sedangkan aurat sendiri yang hanya 3 jengkal tidak termampu untuk dijaga, bagaimana pula hendak menjaga aurat isteri yang jauh lebih tertutup...

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment