subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Saturday 22 December 2012

Kisah Seorang Ayah, Anak dan Kaldai

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Kisah Seorang Ayah, Anak dan Kaldai
(kisah Lukmanul hakim bersama anaknya)

    Pada zaman dahulu di negara Arab,
    ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan.
    Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai.
    Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan.
    Keadaan ini menarik perhatian orang ramai.
    Ada di antara mereka berkata “Ini kes aniaya.
    Kaldai tu dah le kecil.
    Dua-dua orang pulak naik.
    Kan tu menyeksa binatang..
    Tak ada peri kemanusiaan langsung”.

    Si-bapa mendengar komen mereka.
    Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai.
    Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki.
    Mereka pun melalui sekumpulan orang ramai.
    Sekali lagi ada yang komen,
    “Kurang ajar punya anak.
    Dia sedap-sedap naik kaldai.
    Bapanya dibiarkan berjalan kaki.”

    Si-anak mendengar komen mereka,
    lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai.
    Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai.
    Mereka pun melalui sekumpulan orang.
    Sekali lagi mereka mendengar rungutan “Bapa tak ada otak,
    dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan.”

    Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen “Apalah bodohnya orang tua ni.
    Ada kaldai tapi tak mau naik.
    Kalau macam ni,
    lebih baik tak payah bawa kaldai!”

    Mendengar kata-kata ini,
    si-bapa pun memberitahu anaknya.
    “Beginilah keadaan masyarakat.
    Mereka hanya pandai komen.
    Pandai melihat kesalahan orang.
    Ada saja yang tak betul.
    Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita.
    Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita.
    Jangan pedulikan komen mereka..”

    MORAL & IKTIBAR
    Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang
    Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
    Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.

    Yang baik jadikan teladan,
    yang buruk jadikan sempadan. 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




1 comment:

  1. sgt sukar mencari sahabat yang membina..kerana terlalu ramai kawan yang suka meruntuh..Allah kurniakan akal,,gunakan berserta iman supaya tidak tersasar kerana kata-kata sumbang..

    ReplyDelete