subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday 18 October 2012

::: TETAPKANLAH IMAN KAMI YA RABB :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


BESI itu kuat,tapi API mampu meleburkannya..

API itu kuat,tapi AIR mampu memadamkannya...

AIR itu kuat,tapi AWAN mampu menyejatnya...

AWAN itu kuat,tapi ANGIN mampu menolaknya...

ANGIN itu kuat,tapi BUKIT mampu menghalanginya...

BUKIT itu kuat,tapi MANUSIA mampu menghancurkannya...

MANUSIA itu kuat,tapi NAFSU mampu menundukkannya..

NAFSU itu kuat,tapi IMAN mampu mengalahkannya...

Tapi bila IMAN KUAT tiada apa yang mampu mengalahkannya..

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami.
Peliharalah kami dari azab kubur dan azab api neraka-Mu Ya Allah. Kuatkanlah iman kami dan tetapkanlah iman kami. berikanlah kami kejayaan didunia dan diakhirat..

Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

1 comment: