subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday, 27 September 2012

✿ ::: BERILAH KEMAAFAN ::: ✿

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


✿  ::: BERILAH KEMAAFAN ::: ✿

Alangkah indah, jika inilah situasi dalam kehidupan manusia:

Seorang sahabat yang telah melakukan kesalahan telah mengatakan kepada sahabatnya,

Aku memohon maaf kepadamu kerana kata-kata itu.

Sahabatnya seraya berkata,

Tidak mengapa ya saudaraku, aku memberi maaf apa sahaja kesalahanmu, kerana hakikatnya manusia memang memerlukan kemaafan lantaran ketidaksempurnaannya. Tiada sebab untuk aku menahan kemaafan kepadamu.

Maka, sahabat yang tadi berkata pula,

Terima kasih ya saudaraku, begitu jugalah aku memaafkan segala kesalahanmu terhadapku.

:)

___________________________________

Belajarlah untuk boleh saling memaafkan,
kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu yang indah..
______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment