subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday 13 July 2012

♥::: INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMAMU :::♥


♥::: INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMAMU :::♥

Jika kau merasa gelisah,
ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu,
pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih,
ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya,
pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan,
ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira,
janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman,
ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi

Jika kau merasa kosong,
pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong

Jika kau merasa tidak hargai,
dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin,
kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu

Jika kau merasa penat,
ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu...

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang Ar Raad: 28

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment