subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Tuesday, 5 June 2012

ELAKKAN DIRI DARI SOMBONG


ELAKKAN DIRI DARI SOMBONG

Bismillahhirrahmannirrahim...

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh:

-Hayatilah azan kerana di sana terdapat cara-cara untuk berjaya. supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

-Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

-Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

-Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

-Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

-Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

-Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment