subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Tuesday 5 June 2012

DO'A AGAR DIJADIKAN HAMBA ALLAH YANG TAWADHU'


DO'A AGAR DIJADIKAN HAMBA ALLAH YANG TAWADHU'

" Ya ALLAH, hidupkanlah aku dalam keadaan khusyu' dan tawadhu', dan matikan aku dalam keadaan khusyu' dan tawadhu', dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang yang khusyu' dan tawadhu'.’’

.................................

Keterangan:
Tawadhu' biasanya di terjemahkan dengan erti merendah diri. Beberapa pandangan ulama' berkaitan sifat tawadhu' ialah;


* Bersikap tenang, sederhana dan bersungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan takabbur (sombong). Tawadhu' adalah satu sifat orang mukmin yang termasuk 'siddiq


* Orang yang patuh dan taat menerima yang benar serta menerima kebenaran itu walau dari sesiapa pun


* Tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain.
Orang yang yang tidak pernah membusungkan dada, orang yang bersifat lemah lembut dan menghormati pada sesiapa pun, meskipun orang yang miskin dan tidak berpangkat. Sifat yang tegas, hanya menerima yang hak dan menolak yang batil


* Satu tekad kesungguhan dalam mencapai yang benar."


Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:


يقول الله : من تواضع لي هكذا - وجعل باطن كفه إلى الأرض وأدناها إلى الأرض - رفعته هكذا - وجعل باطن كفه إلى السماء ورفعها نحو السماء


Maksudnya;"Barangsiapa tawadhu' (merendah diri) kerana Aku(Allah) seperti begini: ia itu Rasulullah menunjukkan dengan menelangkupkan tangannya ke Bumi, nescaya Aku angkat seperti ini (iaitu Rasulullah membalikkan tangannya ke arah langit)." (Abu Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani)


Allah berfirman dalam surah Al Furqan ayat 63


وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا"


Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ialah orang yang berjalan di atas muka Bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."


Antara perilaku orang yang tawadhu' ialah;


* Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Tiada masalah baginya menerima pandangan orang yang lebih muda darinya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.


* Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.


* Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.


* Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang ia ada kelas tersendiri.


* Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.


* Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.


* Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.


* Mudah memaafkan kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.


* Segera meminta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.


* Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.


* Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



3 comments:

  1. salam~nice blog ukhti~

    love this side much!

    the lower part is osem!

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah.
    Mohon share doa itu ye.

    ReplyDelete
  3. Salam ukhwah. Terima kasih atas perkongsian doa ini.

    ReplyDelete