subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday 12 April 2012

~Derita Sakaratul Maut~


~Derita Sakaratul Maut~

Di zaman Rasulullah s.a.w ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat kepada Allah. Suatu hari dia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam sakaratul maut. Ketika berita ini sampai kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullh s.a.w menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Amar r.a supaya pergi ke rumah Alqomah dan melihat keadaannya. Ketika mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illAllah, tetapi lidah Alqomah kelu dan tidak mampu menyebutnya. 
Melihat keadaan Alqomah yang terseksa itu,
mereka bertanya-tanya, apakah yang menyebabkan Alqomah menerima nasib demikian sedangkan dia terkenal sebagai pemuda yang rajin beribadah kepada Allah. Para sahabat membuat keputusan hendak memangil Nabi Muhammad s.a.w. Bilal pun segera berangkat hendak menjemput Nabi.

Sebaik sahaja Bilal memberitahu Nabi tantang keadaan Alqomah, Nabi bertanya "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup.". 
Nabi termenung sejenak dan kemudian berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya". Bilal pun berangkat kerumah ibu Alqomah lalu menyampaikan perintah Nabi. Ibu Alqomah menjawab, "Akulah yang patut pergi menemui Rasulullah." 

Bilal dan ibu Alqomah pun segera berangkat bagi menemui Nabi. sebaik sahaja mereka berada dihadapan Nabi, Maka Nabi s.a.w. bertanya kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya wahyu akan turun kepadaku". 

Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".

Nabi  Bertanya lagi "Bagaimanakah hubungan kamu dengan dia?", Ibu Alqomah menjawab " Aku murka kepadanya", 

lalu Rasulullah s.a.w bertanya; "Mengapa", 

Ibu Alqomah menjawab "ini kerana dia lebih mementingkan isterinya daripada aku, dan dia menurut kata-kata isterinya sehingga dia menentangku". Dengan jawapan itu , jelaslah mengapa Alqomah menanggung seksaan.

Maka Nabi berkata "kemurkaan kamu itulah yang mengunci lidahnya daripada mengucap kalimah syahadah."
Namun ibu Alqomah tetap berasa marah walaupun Nabi memberitahu, anaknya sedang terseksa menghadapi sakaratul maut. melihat keadaan itu Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. 

Ketika ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah s.a.w lalu ibu Alqomah bertanya; "Wahai Rasulullah s.a.w, adakah tuan hendak membakar putera ku dihadapan mataku? bagaimana hatiku dapat menerimanya?". 

Kemudian Nabi s.a.w berkata  "Wahai ibu Alqomah, seksaan Allah itu lebih berat dan kekal, sekiranya kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, kamu hendaklah mengampunkannya", demi Allah yang mengenggam jiwaku, tidak ada guna semua ibadahnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".

Mendengar kata-kata Nabi, hati ibu Alqomah mulai luluh. Dia mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa kepada Allah "Ya Rasul Allah, aku persaksikan kepada Allah dan engkau Ya Rasul serta mereka yang hadir disini bahawa aku memaafkan anakku Alqomah".

Mendengar ucapan ibu Alqomah, Maka Rasulullah s.a.w menyuruh  Bilal pergi ke rumah Alqomah "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap kalimah "La iilaa ha illAllah " atau tidak". Berkata Rasulullah s.a.w lagi kepada Bilal "Aku khuatir kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya". 

Sebaik sahaja Bilal sampai di rumah Alqomah dia mendengar suara Alqomah dengan mudahnya mengucapkan. "La iilaa ha illAllah". selepas itu, dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Kemudian  Bilal berkata kepada semua orang yang hadir dirumah Alqomah; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya kemurkaan ibu Alqomah menghalangnya daripada mengucapkan kalimah 'La iila ha illAllah, Apabila ibunya redha dan memaafkannya, barulah Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat, insya-Allah Alqomah termasuk umat Muhammad yang dijamin syurga..

Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad datang dan berkata, "Segeralah mandi dan mengkafankan Alqomah!" Nabi kemudian menjadi imam solat jenazah dan bersama-sama para sahabat, menguburkan Alqomah. apabila selesai Nabi berdiri disisi kubur itu dan berkata, wahai sahabat Muhajirin dan Ansar,barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya, Allah melaknatnya dan Allah tidak menerima ibadahnya, baik ibadah fardu mahupun sunah."

____________________________________________

"Barang siapa yang pada pagi hari menjadikan kedua-dua orang tuanya redha kepadanya tetapi menjadikan aku murka, maka aku turut redha kepadanya.
Barang siapa yang pada pagi hari menjadikan aku redha kepadanya tetapi menjadikan kedua-dua orang tuanya murka, maka aku juga murka kepadanya."
Demikian salah satu ayat Allah yang dilaporkan dalam hadis Qudsi...

____________________________________________

Juzuk : 4 Surah : AN-NISAA' No. Surah : 4 Ayat : 36

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri

____________________________________________

Cinta yang pertama perlulah mencintai Allah, 
kemudian mencintai Rasul,
seterusnya mencintai jihad dan
seterusnya pula adalah mencintai kedua-dua ibu bapa...
_______________________________________________
-admin: AsrarQalbi
seindahcintaislam :) ♥

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



No comments:

Post a Comment