subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Saturday 28 April 2012

~AL-Quran adalah kitab teragung~


~AL-Quran adalah kitab teragung~ 


INGATlah wahai manusia AL-Quran bukanlah hiasan.
Al-Quran adalah kitab keramat yang teramat suci dan teragung antara semua kitab yang diturunkan ALLAH kepada hambanya. 
Al-Quran adalah pelengkap kepada kitab-kitab sebelumnya. 

Mengimbau kembali penerimaan AL-Quran adalah amat istimewa sekali :
Penurunannya amatlah istimewa kerana ia merangkumi beberapa lapisan.

Pertama Al-Quran diturunkan ke Loh Mahfuz. 
Dari Loh Mahfuz diturunkan pula ke Baitul Izzah (Langit Dunia)
Dari situlah ia diturunkan kepada umat akhir zaman secara berperingkat melalui perantaraan Malaikat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ketinggian dan kesucian Al-Quran tidak dapat disangkalkan . 

Al-Quran bukan hiasan.
Kita dapat meluangkan waktu dengan buku-buku, novel-novel , majalah –majalah.
Kalau surat khabar boleh diselak helaiannya 5 kali sehari, kenapa tidak Al-Quran.
Nampaknya kedudukan AL-Quran di sisi manusia tidak ubah seperti sebuah buku lama yang buruk dan tidak berharga. 
Astaghfirullahal’azim


Bahkan Rasul s.a.w pernah mengadu pada Allah S.W.T akan sikap umatnya yang acuh tak acuh terhadap al-Qur’an. 

Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.

(Qs al-Furqan: 30).

Wahai umat Rasulullah sekelian , bacalah ALQURAN, fahamilah isi kandungannya, hayatilah akan pengertian Kitab Mukjizat ini dengan seluruh jiwa raga , pelajarilah melalui guru-guru bertauliah sekiranya kurang pengetahuan dan janganlah jemu-jemu untuk membaca AL-QURAN kalam ALLAH ini pada waktu dan ketika yang ada.
Sesungguhnya ALLAH telah menjamin kesejahteraan pembacanya.


Sabda Rasulullah yang bermaksud: 
“ Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran (membaca dan memahami maknanya) dan mengajarkannya.” 

(Hadis riwayat Bukhari) 


Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
Menjadi hidayah pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah pertunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Juzuk : 21 Surah : LUQMAN No. Surah : 31 Ayat : 2 hingga ayat 5

_______________________________________________

Dalam kita melangkah… 
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, 
Hingga kita terduduk dan menangis, 
Peritnya terasa tetapi ketahuilah, 
Dan renungilah dalam diri kerana… 
Mungkin air mata tika itu hadir kerana… 
Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak... 
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, 
Semoga tabah dan tetapkan iman… 
Biarlah kita keseorangan, 
Tanpa berteman, 
Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, 
Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, 
Tapi, 
Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, 
Ayat suci AL-QURAN

_______________________________________________

Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. 
Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. 
Kalau tak mampu, 
bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. 
Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.
Kalau tak mampu juga, 
cukuplah hanya dengan memandang al-Quran 
dan tanyalah kepada diri sendiri, 

"Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"
_______________________________________________

-admin: AsrarQalbi
seindahcintaislam :) ♥

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment