subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday 23 March 2012

~Telunjuk sewaktu tasyahud~


~Telunjuk sewaktu tasyahud~

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, 
aku tetap merenung 
telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, 
mengharapkan pahala menurut sunnah 
mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. 
Berpuluh tahun berbuat demikian, 
perasaan ingin tahu tetap 
menerjah hatiku. 

Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? 
Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? 
Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. 
Bagi yang tak ambil pusing, 
tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, 
dijamin Allah s.w.t.. 

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. 
Kata mereka telunjuk itu 
satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah Aku bersaksi bahawa Tiada 
Tuhan Yang disembah melainkan Allah bagi menandakan keEsaan Allah yang
Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. 

Jawapan yang 
diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. 
Memang benar apa yang 
dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada 
sesuatu yang lain. 
Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang 
mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. 

Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya 
dilakukan dengan seketika dalam solat. 
Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. 
Hujan lebat mula turun
di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke
tempat azan dilaungkan. 
Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha 
Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. 
Maghrib itu membuka persoalan lama
itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan 
membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku. 


Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, 
minda ditumpukan kembali
kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku 
kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. 
Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah Ashhadu allaa ilaa ha illallah ( Aku 
bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari 
telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t.. 


Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari 
telunjukku pada kali ini. 
Serta merta airmataku mencurah-curah keluar 
tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. 
Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah 
kulakukan dengan tanganku ini Ya Allah!
Betapa Engkau memuliakan kami
manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. 
Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku 

Mulai maghrib hari itu, perbuatan 
mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu
kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan 
sayu.. 
Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku 
melihat aku ini milik Allah Ya! Benar.. 

Akhirnya jawapan bagi persoalan
itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk 
kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan 
yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku 
gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. 
Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah..
Amin Ya Rabbal Alamin..

:'( 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




No comments:

Post a Comment