subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday 1 March 2012

~Keadaan LAPAR Rasulullah SAW~


~Keadaan LAPAR Rasulullah SAW~

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, 
Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: 

"Aku pernah datang kepada Rasulullah S.A.W 
ketika dia sedang bersembahyang duduk, 
maka aku pun bertanya kepadanya: 
Ya Rasulullah! 
Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, 
apakah engkau SAKIT? 

Jawab Beliau: 
Aku LAPAR, 
wahai Abu Hurairah! 
Mendengar jawapan beliau itu, 
aku terus MENANGIS sedih 
melihatkan keadaan beliau itu. 
Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, 

lalu berkata: 

Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, 
kerana BERATnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa 
orang yang hidupnya LAPAR DI DUNIA jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia." 

(Kanzul Ummal 4:41) 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment