subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday 1 March 2012

10 tanda Hati Mati...


10 tanda Hati Mati...

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hak-haknya. 

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan sunnah baginda. 

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 

4. Memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya. 

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya 

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya. 

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya. 

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati adalah seperti raja, 
sedangkan anggota lain sebagai tenteranya. 
Semua anggota-anggota ini akan taat dan patuh terhadap perintah rajanya ini, 
sesuai dengan maksud hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam: 
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. 
Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” 
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment