subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday 1 March 2012

Renung seketika...


Renung seketika...

Ketika ini aku terfikir, 
siapakah aku disisi Allah?
Kenapakah aku diciptakanNya?
Aku punya banyak dosa...
Tak tertanggung rasanya...
Tapi aku perlu bersyukur...
Kerana Allah menciptakan aku sabagai manusia..
Yang punya akal untuk berfikir..

Tidak sebagai kucing atau anjing atau gajah..
Tapi Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia.
Cuba lihat kucing, ia manja..
Anjing pula, ia setia..
Dan gajah, ia gagah..
semuanya untuk manusia..

Ya... 
semuanya Allah cipta untuk manusia..

Tapi manusia yang Allah cipta untuk beribadah padaNya..
Buat onar dalam dunia..

Adilkah itu???

Wajarkah manusia yang khianat pada Penciptanya diberi syurga?
Ada manusia tidak mengaku adanya Tuhan didunia ini.
Ada manusia menyembah benda lain yang dianggap Tuhan..
Ada manusia suka merosak dan membunuh apa saja..
Ada manusia ingin kaya, glamour dan dihormati..
Ada manusia salahkan Tuhan bila kesusahan menerpa..

Jadi yang manakah kita???

Jikalau tak percaya semak semula diri kita..
Kita manusia yang sering berbuat dosa dan lupa..
Jika ingat..
syukurlah.
Bertaubatlah kita agar kita dicintai oleh Pencipta..
Dia Maha pengasih..
MahaPengampun..

Syukurlah kita kerana kita manusia 
yang bila lupa kita akan ingat semula 
dan bertaubat atas kealpaan kita. 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment