Bismillah...
Andai AL-QURAN boleh bicara, ia akn berkata: "waktu kau masih anak2,
kau bagai teman sejatiku,
dgn wudhu' kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dgn lirih dan kras,
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku,
apakah aku bacaan usang?
yang tinggal sejarah?
sekarang kau simpan aku dgn rapi,
kau biarkan aku sendiri.
aku menjadi kusam dalam almari.
berlapis debu.
dimakan kutu,
kupohon peganglah aku lagi,
bacalah aku setiap hari,
kerana aku akan jadi penerang dalam KUBURMU..!! ^^
Andai kau memerlukan kekasih,
maka pilihlah Allah.
Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah al-Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran.
Al-Quran sebagai Pembela Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran,
setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Belajarlah kamu akan Al-Quran,
di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya,
yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.
"Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,
"Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran :
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung,
dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.
" Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:
"Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,
kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,
sehingga keduanya bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua,
pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab :
"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk.
Kalau tidak mampu,
bacalah separuh juzuk.
Kalau tak mampu,
bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat.
Kalau tak mampu,
memadailah dengan satu ayat.
Kalau tak mampu juga,
cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri
"Ya Allah,
apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"
______________________________________
BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah
LIKE SinarMawaddah
ISLAM ITU INDAH
No comments:
Post a Comment