subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday, 30 December 2011

RENUNGKANLAH WAHAI MUSLIMAH...


RENUNGKANLAH WAHAI MUSLIMAH...


ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..
SAMA2 KITA RENUNG2 KAN 

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??
 Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka. 

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ? 

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut . 

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga? 

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. 

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah? 

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti. 

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? 
Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, 
tunggu kejap! Lepak la dulu. 
Jgn ambil lagi nyawa aku. 

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIB buat. 

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. 
Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. 
Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. 
Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. 
Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.






______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment

Post a Comment