subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Tuesday 12 July 2016

::::R E N U N G A N::::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


"Hidup ini terlalu singkat,
segalanya akan berlalu pergi,
meskipun sesuatu yang terlalu kau cintai."

::::R E N U N G A N::::
(sebahagian dari kasih ALLAH kepada Umat Muhammad)

UMUR kita terlalu singkat :
💞 Hingga ALLAH kurniakan Lailatul Qadar untuk menambah umur amal.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH pinta berSilatulrahim untuk memanjangkannya.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Puasa Enam Syawal seperti berpuasa setahun.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Surah Al-Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Quran.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia solat berJemaah 27x lebih dari solat sendirian.

UMUR kita terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Solat Sunat di rumah 25x lebih dari solat di mata orang.

HIDUP ini terlalu singkat :
💞 ALLAH kurnia Satu Huruf Bacaan Al-Quran dengan 10 pahala.

HIDUP ini terlalu singkat :
💞 ALLAH kurniakan sesiapa yg berAmal Soleh / Bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT.. 
JANGAN SIA-SIAKAN !!!

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



No comments:

Post a Comment