subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Showing posts with label kisah tauladan. Show all posts
Showing posts with label kisah tauladan. Show all posts

Tuesday, 12 July 2016

"Hadza Sayamurru"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


"Hadza Sayamurru"
هذا سيمر
🌿 Pada suatu hari, seseorang meminta tukang emas yang tua renta untuk membuat cincin dan menuliskan sesuatu di dalamnya. Ia berpesan, "Tuliskanlah sesuatu yang bisa di simpulkan dari seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu supaya bisa menjadi pelajaran bagi hidupku".
Setelah jadi, pemesan mengambil emasnya dan ia membaca tulisan kecil di cincin itu. Bunyinya, "Hadza sayamurr" ("Ini, akan berlalu").
Awalnya ia tidak paham dengan tulisan itu sampai suatu ketika, tatkala menghadapi persoalan hidup yang pelik, tak sengaja ia membaca tulisan di cincin itu, "INI AKAN BERLALU", lalu ia pun menjadi lebih tenang
Dan tatkala ia sedang bersenang-senang, ia pun tak sengaja membaca tulisan di cincin itu, "INI AKAN BERLALU", lantas ia menjadi rendah hati kembali.
Ketika kita mempunyai masalah besar ataupun sedang dalam kondisi terlalu gembira, ingatlah kalimat " INI AKAN BERLALU "
Akhirnya ia tersadar bahwa tidak ada satupun di dunia ini yang abadi.
🌻Jadi, ketika kita punya masalah, jalanilah & janganlah terlalu bersedih.
Demikian juga tatkala kita sedang senang, nikmatilah & syukuri.
Ingatlah, apapun yang kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.

Untuk itu :

✔Tetaplah SEJUK di tempat yang Panas..
✔Tetaplah MANIS di tempat yang begitu Pahit..
✔ Tetaplah merasa KECIL meskipun telah menjadi Besar.. dan
✔Tetaplah TENANG di tengah Badai yang paling Hebat..
"Hadza Sayamurru" 😊

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



Bagaimana kalau dalam sehari aku ada 10,000 dosa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


Bagaimana kalau dalam sehari aku ada 10,000 dosa?

Pada suatu hari,
Samamah rahimahullah bermuhasabah dirinya.
Dia mengira umurnya sudah menjangkau 60tahun.
Lalu dia membilang hari-hari yang telah dilaluinya; dia mendapati sudah 21 ribu hari. Lalu dia berkata:
"Alangkah celakanya, kalau aku buat satu dosa sehari, dosaku sudah amat besar dan banyak. Bagaimana pula kalau aku mempunyai sehari 10,000 dosa?"
Kemudian dia terus menjerit dan jatuh pengsan. Apabila orang-orang lain mengejutkannya, mereka mendapati dirinya sudah mati.

-SYURGA MERINDUIMU-
Bersegeralah kepada keampunan dan Syurga Allah.


 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



Friday, 13 March 2015

::: Ulama' memberi perumpamaan :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



 Ulama' memberi perumpamaan.

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan. Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu.

Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. mereka akn makan makan kau ( sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )". Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal.

Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu.

Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja. Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.

Kita nampak manusia yg dibakar atas api. Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.

sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. semoga Allah beri kita kefahaman . Aamiin Allahumma Aamiin...


 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.









Friday, 26 September 2014

::: MUHASABAH DIRI :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...





KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain?

Antara seba
bnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain tidak akan berjaya sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri.

Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan.

Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah.

Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.


Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.
 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, 12 March 2014

:::ALHAMDULILLAH:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...




:::ALHAMDULILLAH:::

Hargai nikmat rezeki yang Allah beri walau sedikit. Allah menyayangi hamba-hambaNya yang selalu bersyukur.

Alhamdulillah.

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



Saturday, 22 February 2014

:::ALHAMDULILLAH:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



:::ALHAMDULILLAH:::

BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT PEMBERIAN ALLAH WALAU SEDIKIT.

>>Kisah tauladan<<

Ada seorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung
masjid..

sikap budak tu dilihat oleh imam, dan imam tu berasa hairan..

Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut..

“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”

Budak tu pun jawab:
“Cikgu saya pesan,senyum itu sedekah. saya takda duit nak sedekah,jadi saya senyum jelah kat tabung tu. 
 Alhamdulillah 
dapat jugak bersedekah. "

~senyum itu sedekah~

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


 

Friday, 23 August 2013

::: KISAH SEEKOR ANAK KUCING :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


::: KISAH SEEKOR ANAK KUCING :::

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang
berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia
mendekati kandang kuda, dia mendengar
binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda
itu : “Kamu pasti masih baru di sini, cepat
atau lambat kamu akan mengetahui kalau
pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari
binatang lainnya kerana saya mampu
mengangkut banyak barang untuknya. Saya
kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai
sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis & bongkak.

Anak kucing yang kecil itu menundukkan
kepalanya & pergi. Lalu dia mendengar seekor
lembu di kandang sebelah berkata : “Saya
adalah binatang yang paling terhormat di sini
sebab tuan di sini membuat keju & mentega
dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi
keluarga di sini”, dengan nada mencemuh & bangga.

Teriak seekor keldai : “Hoi lembu!
Kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya.
Saya memberi mantel bulu kepada pemilik
ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada
seluruh keluarga. Tapi kata-katamu mengenai
anak kucing kecil itu, sememangnya kamu
memang benar. Dia sama sekali tidak ada
manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta
dalam percakapan itu sambil menceritakan
betapa tingginya kedudukan & peranan
mereka di ladang itu. Ayam pun berkata
bagaimana dia telah memberikan telur. Semua
binatang sepakat kalau si anak kucing yang
kecil itu adalah mahluk yang tidak berguna
sama sekali & tidak mampu memberikan
apapun sumbangan kepada keluarga itu.
Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain,
anak kucing yang kecil itu pergi ke tempat
sepi & mulai menangis meratapi nasibnya.
Sedih rasanya. Sudahlah yatim piatu, dianggap
tidak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi..

Ada seekor anjing tua di situ mendengar
tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah
si anak kucing yang kecil mungil itu.
“Saya tidak dapat memberikan layanan kepada
keluarga disini & sayalah haiwan yang paling
tidak berguna disini.”

Kata anjing tua itu : “Memang benar bahawa
kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu
tidak bisa memberikan telur, susu ataupun
bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi
sesuatu yang tidak bisa kamu lakukan. Kamu
harus menggunakan kemampuan yang
diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa
kegembiraan & kebahagiaan. ”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang
& tampak amat lelah kerana perjalanan jauh
di panas terik matahari. Anak kucing yang
kecil itu lari menghampirinya, menjilat
kakinya & melompat ke dalam pelukan
tuannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah,
pemilik ladang & anak kucing yang kecil itu
berguling-guling di rumput disertai tawa ria.
Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-
erat & mengusap-usap kepalanya, serta
berkata :
“Meskipun saya pulang dalam
keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sinar &
indah bila kau menyambutku semesra ini.
Kamu sungguh yang paling berharga di antara
semua binatang di ladang ini, kecil-kecil kamu
telah mengerti ertinya kasih..”
_________________________________


Jangan sedih kerana kamu tidak dapat
melakukan sesuatu seperti orang lain kerana
memang tidak memiliki kemampuan untuk itu,
tetapi apa yang kamu dapat lakukan,
lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya..
Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak
melakukan beberapa hal pada orang lain,
kerana orang yang tinggi hati akan
direndahkan & orang yang rendah hati akan
ditinggikan.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 
 

::: KISAH TAULADAN :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada
seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi
sungai. Sedang dia berjalan-jalan dia
terpandang seorang anak kecil sedang
mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi
menangis,

dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-
Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang
berbunyi,
"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu
anfusakum" yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah
olehmu sekalian akan dirimu.

"Saya menangis sebab saya takut akan
dimasukkan ke dalam api neraka.."

Berkata orang tua itu,
"Wahai anak, janganlah kamu takut.
Sesungguhnya kamu terpelihara & kamu tidak
akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang
berakal.

Tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan
api maka yang pertama sekali yang mereka
akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang
kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan
yang besar.
Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar
dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada
neraka daripada orang yang dewasa.
Maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Dunia adalah lautan yang dalam &
telah banyak manusia yang
tenggelam.
Justeru itu,
sediakanlah perahu untuk belayar
& ia adalah Taqwa kepada Allah..

(Luqmanul- Hakim)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

Saturday, 1 June 2013

:::.. KISAH TAUBAT MALIK BIN DINAR RAHIMAHULLAH ..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


:::.. KISAH TAUBAT MALIK BIN DINAR RAHIMAHULLAH ..:::

Kisah taubat Malik bin Dinar rahimahullah berikut sangat mengharukanperasaan kita.
Setelah menerima peringatan daripada Allah, Beliau tulus dan pasrah meninggalkan segala kejahatan dan dosanya..

Ibnu Al-Jauzi meriwayatkan dalam Kitab At-Tawwabin(orang-orang yang bertaubat), daripada Malik Bin Dinar bahawa beliau ditanya mengenai sebab taubatnya, lalu beliau menjawab: “Dahulunya aku adalah seorang polis (di zamannya) dan aku pernah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Dia amat sesuai bagiku. Lalu, dia melahirkan seorang anak untukku dan aku pun amat kasih padanya. Ketika mana dia mula berjalan, maka bertambahlah kasih sayangku buatnya dalam hatiku. Dia bermesra denganku dan aku pun bermesra dengannya. Setelah dia berumur 2 tahun, dia meninggal dunia dan kesedihannya itu pedih buatku.”

“Pada satu malam iaitu malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam Jumaat. Aku terlihat di dalam mimpiku seolah-olah telah berlakunya hari kiamat. Sangkakala pun telah ditiup dan para penghuni kubur pun dibangkitkan. Lalu semua makhluk pun dihimpunkan dan aku juga bersama mereka. Maka aku pun terdengar satu pergerakan, aku memalingkan pandanganku. Tiba-tiba ianya adalah seekor ular besar berwarna hitam kebiruan. Ia telah pun membuka mulutnya dan mengejarku. Aku berlari-lari di hadapannya tergesa-gesa. Dalam perjalananku, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang bersih pakaiannya serta berbau wangi.

Maka aku pun memberi salam kepadanya. Dia menjawab salam kepadaku. Aku pun berkata: “Wahai lelaki tua, selamatkanlah aku dari ular ini dan semoga Allah menyelamatkanmu jua.” Lelaki itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah dan ianya (ular) pula lebih kuat dariku. Berlarilah dengan segera. Semoga Allah merupakan buatmu sesuatu yang menyelamatkanmu darinya.” Lalu, aku pantas berlalu terus ke hadapan. Lalu aku pun naik ke atas satu anjung daripada anjung-anjung hari kiamat itu. Lalu aku pun melalui di tepi beberapa tingkatan api neraka dan aku hampir-hampir terjatuh ke dalamnya disebabkan pergelutanku itu. Maka satu suara menjerit: “Berundurlah kamu! Kamu bukan daripada ahlinya.” Lalu aku berasa senang dengan kata-katanya itu dan aku pun berundur.

Ular itu juga kembali mengejarku. Maka aku pun kembali semula kepada orang tua itu dan aku berkata: “Wahai orang tua! Aku sudah pun memintamu supaya menyelamatkanku dari ular itu, tapi kamu tidak melakukannya.” Lalu orang tua itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah. Tetapi, kamu berlarilah kepada bukit itu. Di sana terdapat tinggalan orang-orang Islam. Jikalau kamu ada tinggalan di sana, ianya dapat membantumu.” Aku pun melihat ke arah sebuah bukit yang dikelilingi oleh perak. Padanya terdapat lubang dindingnya yang menembusi di belakangnya, terdapat dua daun pintu diperbuat dari emas merah, diselangi dengan batu delima dan diliputi oleh permata. Pada setiap daun pintu terdapat tirai dari sutera.

Setelah aku melihat ke arah bukit itu, aku pun berlari-lari ke arahnya dan ular itu masih di belakangku. Sehinggalah aku mendekatinya, beberapa malaikat A.S menjerit: “Angkatlah tirai, bukalah daun pintu dan perhatikanlah!, moga-moga terdapat simpanan buat orang putus asa ini dalam kalanganmu semua yang dapat menyelamatkannya dari musuhnya itu.” Setelah mana dibuka daun-daun pintu itu dan mereka memerhatikanku, aku dapati ramai kanak-kanak seumpama bulan-bulan.

Ular tadi pun hampir mendekatiku dan aku tercengang. Beberapa orang dari kanak-kanak itu menjerit: “Dengarlah kamu semua! Kesemua kamu perhatikannya! Musuhnya telah pun menghampirinya.” Mereka itu pun datang memerhatikan sekumpulan demi sekumpulan. Tiba-tiba anak perempuanku memerhatikan aku, menangis dan berkata: “Demi Allah ini adalah ayahku!” Lalu dia pun melompat kepadaku dalam satu bekas diperbuat dari cahaya jalan seperti anak panah sehinggalah dia berada di sisiku. Dia pun menghulurkan tangan kirinya ke arah tangan kiriku. Maka aku pun berpaut kepadanya. Dia juga menghulurkan tangan kanannya ke arah ular itu sehinggalah ia melarikan diri.

Kemudiannya, anakku itu meletakkan aku dan dia duduk dalam pangkuanku. Dia meletakkan tangan kanannya ke atas janggutku sambil berkata: Wahai ayahku!
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah?”(Surah Al-Hadid: 57: 16).

Lalu aku pun menangis dan berkata: “Wahai anakku! Kamu semua tahu tentang Al-Quran?” Maka dia pun berkata: “Wahai ayahku! Kami semua lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu semua.” Aku berkata: “Beritahulah kepadaku tentang si ular yang hendak membinasakanku itu.” Si anak itu menjawab: “Itulah amalan burukmu yang telah engkau menguatkannya. Ianya hendak menghumbankanmu ke dalam neraka Jahannam.”

Aku bertanya: “Lelaki tua yang aku berjumpa dengannya itu?” Dia menjawab: “Itulah amalan solehmu yang engkau telah melemahkannya sehingga ianya tidak lagi mampu mengalahkan amalanmu yang buruk itu.” Maka aku pun berkata: “Wahai anakku, apakah yang kamu semua lakukan di bukit ini?” Dia menjawab: “Kanak-kanak orang Islam telah tinggal di dalamnya sehinggalah ke hari kiamat. Kami pula menantikan kamu semua datang kepada kami, maka kami dapat membantu kamu semua.”

Malik bin Dinar pun berkata: “Maka aku pun terjaga dalam keadaan takut dan gementar. Maka aku pun memecahkan kesemua alat-alat yang digunakan dalam menentang Allah. Aku juga telah meninggalkan kesemua itu. Aku jua telah mengikatkan taubatku dengan Allah Taala, iaitu Taubat Nasuha. Maka Allah pun menerima taubatku itu.”

Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah s.w.t

Jangan biarkan nasib amalan baik kita bagai si tua yang lemah lagi tidak berdaya.

Jangan biarkan kejahatan kita terus bertambah hingga ia menjadi ular yang liar dan ganas...

-Syurga merinduimu
(Bersegeralah kepada keampunan dan syurga Allah).

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday, 30 May 2013

:::.. Kelembutan yang menjinakkan hati..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



:::.. Kelembutan yang menjinakkan hati..:::

Suatu malam yang sunyi sepi, kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri menceroboh masuk ke dalam pondok Rabiatul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk; itu pun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa mahu keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menegur si pencuri, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok itu. Dia juga hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku, "Ambillah sesuatu," kata Rabiatul Adawiyah lagi.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini," kata si pencuri berterus-terang. "Ambillah itu!" kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga," jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wuduk menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah dua rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini," balas Rabiatul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwuduk menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabiatul Adawiyah berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku, akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

-Syurga merinduimu (Bersegeralah kepada keampunan dan syurga Allah).

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH