subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Wednesday 13 July 2016

::: JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERSYUKUR :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


“Ya Allah…
Jadikan kami orang yang tahu
bersyukur..
Jadikan kami orang yang tahu
berterima kasih kepada-Mu..
Di setiap detik dan waktu,
bukan ketika mendapat nikmat semata-mata,
bahkan tika mendapat musibah
kami juga bisa menjadi orang yang bersyukur.
Kerana boleh jadi dengan musibah itu
dapat menghapuskan dosa-dosa kami yang lalu
dan Engkau memberikan gantian yang lebih baik,
maka kami perlu bersyukur kepada-Mu Ya Allah.
Maha suci Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, jauhkan kami daripada sifat takabbur,
tamak dan lupa kepada pemberian-Mu.
Sesungguhnya segala anugerah
yang Kau berikan hanyalah pinjaman cuma,
kami akan kembali kepada-Mu
dan semoga kembali kami dengan hati yang lapang
dan sentiasa bersyukur pada-Mu Ya Allah
Aamiin Allahumma Aamiin”

Surah An-Nahl:18- Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hakikatnya,
kebanyakan manusia tidak bersyukur
atau sedikit sekali yang ingin berterima kasih
kepada Allah,

seperti firman-Nya bermaksud:

“Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu
berterima kasih (bersyukur).”

 (surah Saba': 13)

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
 
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





No comments:

Post a Comment