بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan
selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas
segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan
nikmat Islam.
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan
iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu
kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan
amalan zahir dan membenarkan dengan hati.
Selawat dan salam keatas junjungan
besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.
(^_^)
______________________________________
BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah
LIKE SinarMawaddah
ISLAM ITU INDAH
No comments:
Post a Comment