Kau Dan Aku Tiada Beza | Kita Dan Kehidupan |
Kehidupan, makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur ? Kalau diberhentikan mata kita dari berkelip apa akan terjadi ? Lemahnya kitakan ?
Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan...
Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata,
Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa berkejasama...
( kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh blagak sombong lagi la tu)
Adakah kita setanding ikan dilaut ? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita ? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...
Selalu orang mengeluh, AKU TAK HENSEM AKU TAK CANTIK SIAPA NAK PANDANG SIAPA NAK ?
tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir,
Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek taik hidung depan orang ramai @ mak mertua. Apa orang nak kata ? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".
Disini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku.
Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik...
Kecantikan bukan pada pandangan wajah...
Dalam memilih TEMAN janganlah kerana:
*KELEBIHANNYA, krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...
*KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...
*ILMUNYA, krn apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA...
*CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...
Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana ALLAH dan dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...
P/s: Musuh manusia tiada yang lain hanya satu iaitu SYAITAN...
______________________________________
BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah
LIKE SinarMawaddah
ISLAM ITU INDAH
No comments:
Post a Comment