subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Tuesday, 24 July 2012

:::♥ JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH ♥:::





:::♥ JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH ♥:::

Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah...
Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa..
Kerana hakikatnya Allah akan membantumu.
Pasti! Jangan diragui...!
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
(Al-Imran : 159)
"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf : 87)
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
(Al-Hajj :22)
#Salam Ukhuwah. Salam Perjuangan. Mujahid Mujahidah.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday, 19 July 2012

•●❤ WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG •●❤



•●❤ WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG •●❤

Ambil Sedikit Masa, Mai baca Kisah YG TERSENTUH HATI INI...
Sebarkan pada kekawan...

WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang a...mat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu
untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang / Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras
kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu
banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun
pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi diatas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat
Islam
-she should be thankful... she got the forgiveness from her husband-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
Nak lagi mudah baca sila klik sini:

http://sinarmawaddah.blogspot.com/

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

•●❤ CINTA SAHABAT DEMI REDHA-NYA •●❤


•●❤ CINTA SAHABAT DEMI REDHA-NYA •●❤

Ya Allah,
Tika Engkau hadiahkan diriku SAHABAT...
Jadikanlah hati ini BERSYUKUR atas kurniaan-Mu...
Jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku...
Ya Allah,
Tika Engkau HADIAHKAN DIRIKU sahabat,
Jadikanlah SAHABATKU ini sebagai teman seperjuanganku,
peniup SEMANGAT juangku...
Yang saling mebantu memikul AMANAH DAKWAH agama-Mu...
Ya Allah,
Tika Engkau HADIAHKAN DIRIKU sahabat,
Jadikanlah hubungan ini disemai atas KEREDHAAN-MU...
Teguhnya atas cinta Pada-Mu...
Dilindungi dari segala maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengigati-Mu...
Ya Allah,
BAHAGIAKANLAH hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepada-Mu...
Aamiin Ya Allah....
________________________________

Ana sayang sahabat ana kerana Allah.
Kita berkawan.
Kita bersahabat kerana Allah.=)
Semoga persahabatan ini berlandaskan keimanan dan kecintaan kepada Allah... Aamiin... :)
"Rasulullah bersabda : “Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman,
hendaklah ia mencintai seseorang,
tiada mencintainya melainkan kerana Allah.”

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

::: NIAT PUASA BULAN RAMADHAN :::


::: NIAT PUASA BULAN RAMADHAN :::

-Niat Puasa Esok Hari
"Nawaitu souma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala."
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah taala."

-Niat Puasa Sebulan
"Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala"
"Sahaja aku berpuasa sebulan di Bulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala."

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::♥ ONLY ALLAH ♥:::



:::♥ ONLY ALLAH ♥:::

How is someone going to LOVE you when they don't even LOVE the ONE that created you?
LOVE ALLAH...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

~✿~ Hari esok Allah yang ~✿~


✿~ Hari ini kita
bertemu..
✿~ Hari esok belum
tentu..
✿~ Hari ini kita bersatu..
✿~ Hari esok Allah yang
tahu..

~ Selamat jalan bagi
INSAN yang telah
... PERGI..
selamat jalan sahabat,
selamat jalan saudara SEISLAMKU..
selamat jalan SIAPA PUN di sana..
satu waktu diriku
akan MENYUSUL
JUA..♥♥ 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: USTAZ ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN :::


"Agak ramai wanita mengatakan, pakaian
mereka tidak melambangkan akhlak dan hati
mereka. Namun ketahuilah, setakat pengetahuan
saya berdasarkan pergaulan dengan teman-teman
muslimin yang soleh & yg berilmu.
Boleh dikatakan sekitar 80% antara mereka
melihat pakaian wanita sebagai langkah awal
memilih jodoh. Pakaian adalah pintu awal
untuk dimasukkan dalam kategori boleh
dipertimbang jadi ISTERI SOLEHAH,
diikuti ciri-ciri lain. Justeru, bagi
wanita yg pakaian ketat, terbelah,
dedah dada, dedah tangan, serba nipis,
berbonggol unta etc, peluang kalian
mendapat SUAMI SOLEH berkurangan hampir 80%.."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: SANDARAN HARAPAN :::


::: SANDARAN HARAPAN :::

Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus ku sandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada Mu Oh Tuhan ku mohon pimpinan
Telah sekian lama ku semaikan
Cinta dan kesetiaan...hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai
Hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan
Aku...diburu kenangan silam
Di kala...leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan
Ya Allah...
telahku mungkiri
Janji-janji pada Mu
Ya Allah...
telah ku khianati segala amanah Mu
Bagaimankah untuk ku kembali
Kembali padaMu
Mendapatkan kepercayaan Mu...
oh Tuhan.....

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::✿ FADHILAT ISTIGHFAR ✿:::


:::✿ FADHILAT ISTIGHFAR ✿:::


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca,
"Astaghfirullah al Lazi La Ilaha'illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilaihi"
diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang.
[Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Alhakim]
-Maksudnya ialah, "Aku meminta keampunan dari Allah SWT yang tiada Tuhan melainkanNYA, yang hidup lagi berdiri dengan sendirinya, dan aku meminta taubat kepadaNYA."
-Adapun maksud lari dari medan perang itu bermaksud walaupun telah melakukan besar, kerana lari dari medan perang sewaktu berjihad adalah haram melainkan dalam waktu2 tertentu.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Khasiat Surah At-Taubah: ayat 51


Surah At-Taubah: Khasiat ayat 51

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

 Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia-lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.
At-Taubah:51
______________________________
Ayat ini dibaca sebanyak mungkin ketika menghadapi bala’, kecewa, kegagalan, menghadapi musuh dan sebagainya. InsyaAllah diberi ketenangan dan sifat redha oleh Allah s.w.t


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Monday, 16 July 2012

✿::: JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI :::✿


✿::: JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI :::✿

"Jadi bunga seindah MAWAR BERDURI,
Yang menjadi impian setiap MUSLIMAH
Yang indahnya bukan untuk LELAKI,
Tetapi untuk permata yang bernama SUAMI"

“Jadilah sekuntum BUNGA MAWAR yang INDAH berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadiI SEBARANGAN BUNGA Yang tetap juga INDAH tapi SAYANG,
Tidak berduri.
Apabila TIADA DURI,
Tiada lagi benting yang boleh melindungi keindahan SI BUNGA daripada sewenang-wenangnya dikhianati..
Lantas,
Tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
DURI MAWAR itulah yang diibaratkan dengan PERBATASAN AURAT,
AKHLAK dan AL-HAYA’.
JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI.
Kelak,
Akan mengundang kekaguman dihati SANG KUMBANG
Hinggakan SANG KUMBANG berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::♥ MELAYAR BAHTERA RAMADHANKU ♥:::


:::♥ MELAYAR BAHTERA RAMADHANKU ♥:::

Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Menjadi tetamu di mihrab cinta-MU…
Merintih sayu, meratap pilu,
Pada dosa dan kealpaan dulu…
Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Menjadi tamu ke daerah nasuha pada-MU…
Memohon dan meminta,
Agar masih ada ruang kebebasan dari an-nar yang sengsara…
Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Menangis pada hamparan sejadah di hadrat-MU,
Merayu redha-MU, menggemis cinta dari-MU…
Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Melayar bahtera ramadhanku…
Melunaskan segala rinduku pada-MU,
Menuju pulau cinta milik-MU,pemilik segenap cinta….
…Aamiin…

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

BERSYUKURLAH


Datangnya nikmat dan ujian itu adalah dgn satu tujuan..
Iaitu agar dirimu merasa dekat dengan Yang Maha Pencipta..
Sabarkanlah hati dan penuhilah ia dgn ketabahan..

"Ya Allah..bagi kami ini, cukuplah dengan apa yang ada"
Aamiin...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

CINTA


Cintaku kepada TUHANKU
Kerana aku CIPTAANNYA ...
Cintaku terhadap SESEORANG itu
Adalah PERASAAN yang diciptakan-Nya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: TENTANG CINTA SESEORANG :::


::: TENTANG CINTA SESEORANG :::

Jauh ku berlari
Mencari erti cinta
Yang ku temu
Hanyalah jauh dari-MU
Cukuplah...cukuplah...
Cukuplah kealpaan semalam
Takkan ku ulangi dosa-dosa silam
Hanya bersama MU cinta sejati bersulam
Akan ku damba MU siang dan malam
semampuku....
Moga pencarianku kali ini
menuju cahaya cinta MU
yang hakiki...
#Lillahitaala...
demi Allah jika kamu tinggalkan sesuatu hanya kerana DIA, maka DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah...
demi Allah jika kamu tinggalkan cinta yang kamu rasakan ia hanya sia2, maka Allah akan memenuhi hatimu dengan cintaNYA...
...maafkan segalanya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Subhanallah tabahnya insan ini


sungguh m,yayat hati sungguh memilukan walaupun kekurangan sifat yang ada pada dirinya adik ni masih boleh tersenyum...kuat semangat adik nikan... semoga adik ni akan terus tabah..

:')

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: ♥ BERJALAN MERNCARI REDHA ILAHI ♥ :::


::: ♥ BERJALAN MERNCARI REDHA ILAHI ♥ :::

Allah jua penentu segalanya,
Namun aku masih disini mencari,
masih tidak pasti...
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah,
ku ingin menuju Mu ya Rabb,
Pimpinlah aku,
Aamiin...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::~ KEMATIAN MENJEMPUTMU~:::


:::~ KEMATIAN MENJEMPUTMU~:::

Sesungguhnya bumi menyeru mengingatkan manusia setiap hari 70 kali :
“ Hai anak Adam, makanlah dan bermegahlah kamu di muka bumi ini, demi ALLAH aku akan mengunyah dan menghirup kulit dan tulang-temulangmu setelah kamu masuk ke bumi (Mati) ”.

Bagi mereka yang mengenali hakikat diri sendiri maka pasti ia akan mengingati maut pada bila-bila masa. Maut yang sangat menakutkan itu akan datang tiba-tiba tanpa diundang.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda :
Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka.
Diberitahu kepadanya : Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh ALLAH pada Hari Kiamat.
Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.
Banyak-banyaklah kita bersyukur kepada ALLAH yang belum mematikan kita dan memberi kita peluang menyediakan bekalan untuk menghadapi SAKARATUL MAUT.
___________________________________________


أشهدُ أنْ لا إلهَ إلاَّ اللهُ
وأشهدُ أنَّ محمّداً رسولُ الله

(ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH)

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa NABI MUHAMMAD pesuruh ALLAH"
"I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah"
Kami memohon kepada Mu Ya ALLAH
semoga kalimat terakhir
yang akan kami ucapkan
adalah لا اله الا الله محمد رسول الله

Aamiin..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman


Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

surah An Nissa' ayat 103

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH