subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday, 19 July 2012

::: USTAZ ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN :::


"Agak ramai wanita mengatakan, pakaian
mereka tidak melambangkan akhlak dan hati
mereka. Namun ketahuilah, setakat pengetahuan
saya berdasarkan pergaulan dengan teman-teman
muslimin yang soleh & yg berilmu.
Boleh dikatakan sekitar 80% antara mereka
melihat pakaian wanita sebagai langkah awal
memilih jodoh. Pakaian adalah pintu awal
untuk dimasukkan dalam kategori boleh
dipertimbang jadi ISTERI SOLEHAH,
diikuti ciri-ciri lain. Justeru, bagi
wanita yg pakaian ketat, terbelah,
dedah dada, dedah tangan, serba nipis,
berbonggol unta etc, peluang kalian
mendapat SUAMI SOLEH berkurangan hampir 80%.."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: SANDARAN HARAPAN :::


::: SANDARAN HARAPAN :::

Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus ku sandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada Mu Oh Tuhan ku mohon pimpinan
Telah sekian lama ku semaikan
Cinta dan kesetiaan...hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai
Hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan
Aku...diburu kenangan silam
Di kala...leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan
Ya Allah...
telahku mungkiri
Janji-janji pada Mu
Ya Allah...
telah ku khianati segala amanah Mu
Bagaimankah untuk ku kembali
Kembali padaMu
Mendapatkan kepercayaan Mu...
oh Tuhan.....

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::✿ FADHILAT ISTIGHFAR ✿:::


:::✿ FADHILAT ISTIGHFAR ✿:::


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca,
"Astaghfirullah al Lazi La Ilaha'illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilaihi"
diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang.
[Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Alhakim]
-Maksudnya ialah, "Aku meminta keampunan dari Allah SWT yang tiada Tuhan melainkanNYA, yang hidup lagi berdiri dengan sendirinya, dan aku meminta taubat kepadaNYA."
-Adapun maksud lari dari medan perang itu bermaksud walaupun telah melakukan besar, kerana lari dari medan perang sewaktu berjihad adalah haram melainkan dalam waktu2 tertentu.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Khasiat Surah At-Taubah: ayat 51


Surah At-Taubah: Khasiat ayat 51

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

 Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia-lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.
At-Taubah:51
______________________________
Ayat ini dibaca sebanyak mungkin ketika menghadapi bala’, kecewa, kegagalan, menghadapi musuh dan sebagainya. InsyaAllah diberi ketenangan dan sifat redha oleh Allah s.w.t


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Monday, 16 July 2012

✿::: JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI :::✿


✿::: JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI :::✿

"Jadi bunga seindah MAWAR BERDURI,
Yang menjadi impian setiap MUSLIMAH
Yang indahnya bukan untuk LELAKI,
Tetapi untuk permata yang bernama SUAMI"

“Jadilah sekuntum BUNGA MAWAR yang INDAH berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadiI SEBARANGAN BUNGA Yang tetap juga INDAH tapi SAYANG,
Tidak berduri.
Apabila TIADA DURI,
Tiada lagi benting yang boleh melindungi keindahan SI BUNGA daripada sewenang-wenangnya dikhianati..
Lantas,
Tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
DURI MAWAR itulah yang diibaratkan dengan PERBATASAN AURAT,
AKHLAK dan AL-HAYA’.
JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI.
Kelak,
Akan mengundang kekaguman dihati SANG KUMBANG
Hinggakan SANG KUMBANG berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::♥ MELAYAR BAHTERA RAMADHANKU ♥:::


:::♥ MELAYAR BAHTERA RAMADHANKU ♥:::

Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Menjadi tetamu di mihrab cinta-MU…
Merintih sayu, meratap pilu,
Pada dosa dan kealpaan dulu…
Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Menjadi tamu ke daerah nasuha pada-MU…
Memohon dan meminta,
Agar masih ada ruang kebebasan dari an-nar yang sengsara…
Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Menangis pada hamparan sejadah di hadrat-MU,
Merayu redha-MU, menggemis cinta dari-MU…
Wahai Tuhanku…
Izinkan daku,
Melayar bahtera ramadhanku…
Melunaskan segala rinduku pada-MU,
Menuju pulau cinta milik-MU,pemilik segenap cinta….
…Aamiin…

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

BERSYUKURLAH


Datangnya nikmat dan ujian itu adalah dgn satu tujuan..
Iaitu agar dirimu merasa dekat dengan Yang Maha Pencipta..
Sabarkanlah hati dan penuhilah ia dgn ketabahan..

"Ya Allah..bagi kami ini, cukuplah dengan apa yang ada"
Aamiin...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

CINTA


Cintaku kepada TUHANKU
Kerana aku CIPTAANNYA ...
Cintaku terhadap SESEORANG itu
Adalah PERASAAN yang diciptakan-Nya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: TENTANG CINTA SESEORANG :::


::: TENTANG CINTA SESEORANG :::

Jauh ku berlari
Mencari erti cinta
Yang ku temu
Hanyalah jauh dari-MU
Cukuplah...cukuplah...
Cukuplah kealpaan semalam
Takkan ku ulangi dosa-dosa silam
Hanya bersama MU cinta sejati bersulam
Akan ku damba MU siang dan malam
semampuku....
Moga pencarianku kali ini
menuju cahaya cinta MU
yang hakiki...
#Lillahitaala...
demi Allah jika kamu tinggalkan sesuatu hanya kerana DIA, maka DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah...
demi Allah jika kamu tinggalkan cinta yang kamu rasakan ia hanya sia2, maka Allah akan memenuhi hatimu dengan cintaNYA...
...maafkan segalanya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Subhanallah tabahnya insan ini


sungguh m,yayat hati sungguh memilukan walaupun kekurangan sifat yang ada pada dirinya adik ni masih boleh tersenyum...kuat semangat adik nikan... semoga adik ni akan terus tabah..

:')

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: ♥ BERJALAN MERNCARI REDHA ILAHI ♥ :::


::: ♥ BERJALAN MERNCARI REDHA ILAHI ♥ :::

Allah jua penentu segalanya,
Namun aku masih disini mencari,
masih tidak pasti...
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah,
ku ingin menuju Mu ya Rabb,
Pimpinlah aku,
Aamiin...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::~ KEMATIAN MENJEMPUTMU~:::


:::~ KEMATIAN MENJEMPUTMU~:::

Sesungguhnya bumi menyeru mengingatkan manusia setiap hari 70 kali :
“ Hai anak Adam, makanlah dan bermegahlah kamu di muka bumi ini, demi ALLAH aku akan mengunyah dan menghirup kulit dan tulang-temulangmu setelah kamu masuk ke bumi (Mati) ”.

Bagi mereka yang mengenali hakikat diri sendiri maka pasti ia akan mengingati maut pada bila-bila masa. Maut yang sangat menakutkan itu akan datang tiba-tiba tanpa diundang.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda :
Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka.
Diberitahu kepadanya : Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh ALLAH pada Hari Kiamat.
Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.
Banyak-banyaklah kita bersyukur kepada ALLAH yang belum mematikan kita dan memberi kita peluang menyediakan bekalan untuk menghadapi SAKARATUL MAUT.
___________________________________________


أشهدُ أنْ لا إلهَ إلاَّ اللهُ
وأشهدُ أنَّ محمّداً رسولُ الله

(ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH)

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa NABI MUHAMMAD pesuruh ALLAH"
"I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah"
Kami memohon kepada Mu Ya ALLAH
semoga kalimat terakhir
yang akan kami ucapkan
adalah لا اله الا الله محمد رسول الله

Aamiin..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman


Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

surah An Nissa' ayat 103

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Friday, 13 July 2012

♥::: INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMAMU :::♥


♥::: INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMAMU :::♥

Jika kau merasa gelisah,
ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu,
pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih,
ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya,
pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan,
ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira,
janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman,
ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi

Jika kau merasa kosong,
pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong

Jika kau merasa tidak hargai,
dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin,
kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu

Jika kau merasa penat,
ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu...

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang Ar Raad: 28

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿ ::: CintaiLah Allah Sepenuh Hati :::✿


✿ ::: CintaiLah Allah Sepenuh Hati  :::✿

Jadikanlah seluruh hatimu milik Allah..
Jangan sesekali Kau mengharap pada Cinta Manusia..
CintaiLah Allah Sepenuh Hati..
Tanpa berbelah bahagi..
Seandainya terdetik hatimu mencintai manusia,
cintailah pada yang berhak..
Pastikanlah cintamu itu Kerana Rabb-mu..
Jadilah wanita solehah yang memelihara hatinya,
dan sentiasa mengharap Redha Allah
di setiap langkah kakinya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: Bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada saya :::✿


Jika wanita cantik yang dicari,
ia bukan saya...
Jika wanita solehah yang dicari,
ia bukan saya...
Jika wanita ayu yang dicari,
ia bukan saya...
Jika wanita yang berpurdah yang dicari,
ia juga bukan saya...
tapi...
Jika wanita yang ingin dibimbing,
ya, itu adalah saya..
Siapa pun anda...
Bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada saya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday, 12 July 2012

✿::: TIPS MENGHAFAL MUKA SURAT AL-QURAN :::✿


✿::: TIPS MENGHAFAL MUKA SURAT AL-QURAN :::✿

Tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini dikongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: Doa :::✿


Aku memohon kepada Mu Ya ALLAH
semoga semua umat islam dapat mengucapkan kalimat terakhir
  لا اله الا الله محمد رسول الله

Aamiin Ya Allah

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿ ::: tawakkal padaNya ::: ✿


Jadikanlah hati kami
seteguh hati Dia (Baginda صلى الله عليه وآله وسلم)..

Dalam menyulam harapan sering kita kecewa,..
Dalam meniti kehidupan sering kita pasrah..
Dalam menggapai kejayaan sering kita gagal..
Dalam memburu impian sering kita terkandas..
Namun biarlah itu semua menjadi sumber kekuatan pada jiwa..
Kerana di situlah kita belajar erti manisnya tawakkal padaNya..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥ :::kehidupan ini umpama roda yang sentiasa berputar :::♥


Hari ini kamu MENDENGAR,
esok pula kamu MENYAMPAIKAN
Hari ini kamu BELAJAR,
esok pula kamu MENGAJAR
Hari ini kamu DITARBIYYAH,
esok pula kamu MENTARBIYYAHKAN mereka
Hakikatnya,
kehidupan ini umpama roda yang sentiasa berputar....

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH