subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Friday, 13 July 2012

♥::: INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMAMU :::♥


♥::: INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMAMU :::♥

Jika kau merasa gelisah,
ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu,
pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih,
ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya,
pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan,
ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira,
janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman,
ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi

Jika kau merasa kosong,
pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong

Jika kau merasa tidak hargai,
dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin,
kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu

Jika kau merasa penat,
ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu...

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang Ar Raad: 28

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿ ::: CintaiLah Allah Sepenuh Hati :::✿


✿ ::: CintaiLah Allah Sepenuh Hati  :::✿

Jadikanlah seluruh hatimu milik Allah..
Jangan sesekali Kau mengharap pada Cinta Manusia..
CintaiLah Allah Sepenuh Hati..
Tanpa berbelah bahagi..
Seandainya terdetik hatimu mencintai manusia,
cintailah pada yang berhak..
Pastikanlah cintamu itu Kerana Rabb-mu..
Jadilah wanita solehah yang memelihara hatinya,
dan sentiasa mengharap Redha Allah
di setiap langkah kakinya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: Bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada saya :::✿


Jika wanita cantik yang dicari,
ia bukan saya...
Jika wanita solehah yang dicari,
ia bukan saya...
Jika wanita ayu yang dicari,
ia bukan saya...
Jika wanita yang berpurdah yang dicari,
ia juga bukan saya...
tapi...
Jika wanita yang ingin dibimbing,
ya, itu adalah saya..
Siapa pun anda...
Bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada saya...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday, 12 July 2012

✿::: TIPS MENGHAFAL MUKA SURAT AL-QURAN :::✿


✿::: TIPS MENGHAFAL MUKA SURAT AL-QURAN :::✿

Tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini dikongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: Doa :::✿


Aku memohon kepada Mu Ya ALLAH
semoga semua umat islam dapat mengucapkan kalimat terakhir
  لا اله الا الله محمد رسول الله

Aamiin Ya Allah

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿ ::: tawakkal padaNya ::: ✿


Jadikanlah hati kami
seteguh hati Dia (Baginda صلى الله عليه وآله وسلم)..

Dalam menyulam harapan sering kita kecewa,..
Dalam meniti kehidupan sering kita pasrah..
Dalam menggapai kejayaan sering kita gagal..
Dalam memburu impian sering kita terkandas..
Namun biarlah itu semua menjadi sumber kekuatan pada jiwa..
Kerana di situlah kita belajar erti manisnya tawakkal padaNya..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥ :::kehidupan ini umpama roda yang sentiasa berputar :::♥


Hari ini kamu MENDENGAR,
esok pula kamu MENYAMPAIKAN
Hari ini kamu BELAJAR,
esok pula kamu MENGAJAR
Hari ini kamu DITARBIYYAH,
esok pula kamu MENTARBIYYAHKAN mereka
Hakikatnya,
kehidupan ini umpama roda yang sentiasa berputar....

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Monday, 9 July 2012

♥ ::: Jangan sesuka hati menghalalkan sesuatu yang Allah haramkan dengan beralasankan niat kita.. ::: ♥


♥ ::: Jangan sesuka hati menghalalkan sesuatu yang Allah haramkan dengan beralasankan niat kita.. ::: ♥

"wardah,kenapa kamu tak salam suami mak su tadi?
kamu tu dah lah jarang jumpa sedara-mara..
nanti apa pulak kata orang..",ujar Atan.

"Maaf,abang.
Wardah bukan bermaksud nak menyombong dengan suami mak su tu, tapi kan kita dilarang bersentuhan dengan orang yang bukan mahram kita?",bicara Wardah.

"Ye,abang tau tu.. tapi,
kan dia dah jadi suami kepada mak su kita,
jadi kamu kenalah hormat kat dia..
at least, bila jumpa tu salam.. salam je kot..
yang penting niat kita nak eratkan silaturrahim..
kan segala perbuatan tu yang pentingnya niat...", kata Atan lagi.

"Tapi bang, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara..", sambung Wardah lagi.

"Maksud kamu?"

"yang bermula dengan niat tu adalah amalan yang kita lakukan..
tapi untuk sesuatu yang Allah memang dah tetapkan,
kita tak boleh sesuka hati menghalalkan sesuatu yang Allah haramkan dengan beralasankan niat kita.. ",ujar Wardah lagi.

"habistu, kalau kita tak salam sedara kita nanti, kan boleh putus silaturrahim?"

"Abang, tak boleh bersalam bukan bermakna kita tak boleh bertegur sapa kan?
Jadi, banyak lagi sebenarnya cara kita nak sambung silaturrahim..
bukan sekadar bersalam je..
kita jugak boleh bertanya khabar dan sebagainya..
asalkan tak langgar batas syariat.."

"Hmm.. kalau diorang anggap kita sombong jugak macamana?"
"Tak pe kalau org benci kita sbb kita nak cari redha Allah drpd kita undang kemurkaan Allah sbb nak manusia suka..
bukan manusia yg tentukan hidup kita kan?",
ujar Wardah penuh keyakinan.

"betul,betul,betul.."
 ^_^

Dari Ma’qil bin Yasar r.a., Nabi Saw bersabda: “Kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik dari pada dia menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya.” (HR. At Tabrani)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥ :::UTAMAKAN ALLAH S.W.T ::: ♥



♥ :::UTAMAKAN ALLAH S.W.T ::: ♥

Jika kau merasa kecewa,
pandangkah ke sungai..
airnya tetap mengalir,
biarpun beribu batu menghalang..
Jika kau merasa sedih,
dongakkan kepalamu ke atas dan pandanglah langit..
kau akan sedar,
bahawa Allah S.W.T sentiasa bersamamu tidak kira dimana dan bila masanya..
jangan hanya teringatkan Allah apabila sedih dan kecewa..
Didiklah diri kita untuk sentiasa mengingati Allah..
masa susah atau senang, suka atau duka, gembira atau sedih..
kecewa atau senang hati..
Utamakan Allah S.W.T kerana Dialah yang mencipta kita dan
hanya Dialah yang benar-benar mengenali diri kita dan memahami diri kita

"people will let you down
but ALLAH NEVER will.."


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


♥ ::: KENAPA HATI ORANG ISLAM KENA KUAT ::: ♥


♥ ::: KENAPA HATI ORANG ISLAM KENA KUAT ::: ♥

"Kenapa hati orang ISLAM kena kuat?"
Kerana orang islam ada ALLAH..
Kerana orang islam percaya pada ALLAH..
Kerana orang islam hanya bergantung harap pada ALLAH..
Dan Kerana orang islam sentiasa yakin pada ALLAH....
DAN,
Bila hati ada ALLAH,
yakin percaya dan bergantung pada DIA,
YANG MEMILIKI DAN MENENTUKAN
segala-galanya,
bagaimana mungkin hati orang islam begitu rapuh dan lemah?

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

♥ ::: AWAS AURAT JANGAN AMBIL MUDAH ::: ♥


♥ ::: AWAS AURAT JANGAN AMBIL MUDAH ::: ♥

Bagaimana menutup aurat dalam solat,
begitulah yang patut di tutup diluar solat...

KEHARUSAN WANITA PAKAI JILBAB BILA BERADA DILUAR RUMAH

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka."
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
karena itu mereka tidak di ganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Al Ahzab AYAT 59

[1232]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

♥ ::: BERSABARLAH ::: ♥


♥ ::: BERSABARLAH ::: ♥

Walau beribu manusia menyakiti kita,
tetaplah tersenyum dan bersabar...
jangan kerana kata-kata dan perbuatannya,
kita jadi lemah dan putus asa...
tetapi,
jadikan ia sebagai penyuntik semangat
untuk kita terus kuat berdiri....
:)
______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

✿::: AURAT SUARA :::✿


✿::: AURAT SUARA :::✿

Situasi 1
(jarak antara lelaki dgn perempuan dekat...)
P: awak awaakkk kita nak pinjam pen kat awak boleh tak??
(bunyi gedik + mengada2)
...
L: eh boleh aje.. untuk awak apa2 pun boleh... hehe
Situasi 2

(jarak antara lelaki dgn perempuan jauh. tundukkan pandangan..)
P: Salam alaik.. boleh pinjam pen tu x?? nak pakai jap
(tune suara NORMAL)
L: Wasalam.. oh boleh2 insyaAllah.. tunggu sekejap saya ambik...
___________________________________________

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik,
Surah Al Ahzab ayat 32
[1213]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang
menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.
[1214]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai
niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday, 5 July 2012

٠•●❤ RENUNGAN٠•●❤


◕..Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan..
Dan tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik..
Supaya orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia itu..
Akan menjadi seperti teman yang setia...(Fushilat:34) ~✿
Selamat datang wahai kebahagiaan!
Kini aku menyambutmu dengan senyuman dan hati yang penuh redha dan terbuka..
Semoga engkau kekal di hatiku dan kehidupanku..sentiasa....(-_-)..◕

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

٠•●❤ Renungan٠•●❤



"PANDANGLAH SEGALA YANG MANIS DALAM HIDUPMU
USAH DIGUSARKAN SEGALA KEPEDIHAN HARI INI
HIDUPMU ITU LEBIH BANYAK MANISNYA
DARI SEMUA YANG PAHIT..."


Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu..
dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur..
(Al-‘Araf:144)..

... ..Usah dicari kekurangan dan kesedihan dalam hidupmu..
Terangilah jiwamu dengan segala indahnya nikmat Tuhanmu..
Kerana kamu dilahirkan sempurna..mempunyai insan-insan tercinta..
Dan yang paling utama, nikmat iman dan islam masih lagi bersamamu...
Sentiasa...~ (-_-)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥::: BERNIKAHLAH KERANA ALLAH DAN SEMAIKAN CINTA KERANA INGIN MENYEMPURNAKAN KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH :::♥


♥::: BERNIKAHLAH KERANA ALLAH DAN SEMAIKAN CINTA KERANA INGIN MENYEMPURNAKAN KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH :::♥

Duhai suamiku
Maafkan aku kerana tidak dapat
memberikan apa-apa
kerana semua yang ada padaku
adalah milik ALLAH
Namun yang mampu kuberikan adalah
kejujuran, ketaatan dan keikhlasan
 yang mampu kuberikan adalah
kebahagiaan dan ketenangan bersamamu
dalam menuju redha ILAHI
selagi nadiku masih bernafas
di dunia hingga ke syurga

Duhai isteriku
aku mencintaimu dengan segala yang aku miliki
Aku ingin menjadi yang terbaik
yang dapat menghiburkan hatimu
dan membuat engkau selalu tersenyum
melalui hari-harimu
engkau adalah anugerah terindah...

Subhanallah
Demi-Mu yang memiliki hati-hati ini
Engkau tautkanlah hati kami dengan rasa cinta
kepada-Mu yang tidak terbatas
Engkau satukanlah cinta kamidalam nama-Mu Yang Maha Agung
Dalam setiap nafas cinta kami
pasti ada cinta yang lebih hebat untuk-Mu daripada kami berdua

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: 10 KUNCI KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT :::✿


✿::: 10 KUNCI KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT :::✿

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
...
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


٠•●❤ Hidayah٠•●❤


"Hidayah itu seperti cahaya
yang tidak akan menyapa
mereka yang tidak membuka
jendelanya...."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH