subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Monday, 9 July 2012

✿::: AURAT SUARA :::✿


✿::: AURAT SUARA :::✿

Situasi 1
(jarak antara lelaki dgn perempuan dekat...)
P: awak awaakkk kita nak pinjam pen kat awak boleh tak??
(bunyi gedik + mengada2)
...
L: eh boleh aje.. untuk awak apa2 pun boleh... hehe
Situasi 2

(jarak antara lelaki dgn perempuan jauh. tundukkan pandangan..)
P: Salam alaik.. boleh pinjam pen tu x?? nak pakai jap
(tune suara NORMAL)
L: Wasalam.. oh boleh2 insyaAllah.. tunggu sekejap saya ambik...
___________________________________________

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik,
Surah Al Ahzab ayat 32
[1213]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang
menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.
[1214]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai
niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Thursday, 5 July 2012

٠•●❤ RENUNGAN٠•●❤


◕..Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan..
Dan tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik..
Supaya orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia itu..
Akan menjadi seperti teman yang setia...(Fushilat:34) ~✿
Selamat datang wahai kebahagiaan!
Kini aku menyambutmu dengan senyuman dan hati yang penuh redha dan terbuka..
Semoga engkau kekal di hatiku dan kehidupanku..sentiasa....(-_-)..◕

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

٠•●❤ Renungan٠•●❤



"PANDANGLAH SEGALA YANG MANIS DALAM HIDUPMU
USAH DIGUSARKAN SEGALA KEPEDIHAN HARI INI
HIDUPMU ITU LEBIH BANYAK MANISNYA
DARI SEMUA YANG PAHIT..."


Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu..
dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur..
(Al-‘Araf:144)..

... ..Usah dicari kekurangan dan kesedihan dalam hidupmu..
Terangilah jiwamu dengan segala indahnya nikmat Tuhanmu..
Kerana kamu dilahirkan sempurna..mempunyai insan-insan tercinta..
Dan yang paling utama, nikmat iman dan islam masih lagi bersamamu...
Sentiasa...~ (-_-)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥::: BERNIKAHLAH KERANA ALLAH DAN SEMAIKAN CINTA KERANA INGIN MENYEMPURNAKAN KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH :::♥


♥::: BERNIKAHLAH KERANA ALLAH DAN SEMAIKAN CINTA KERANA INGIN MENYEMPURNAKAN KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH :::♥

Duhai suamiku
Maafkan aku kerana tidak dapat
memberikan apa-apa
kerana semua yang ada padaku
adalah milik ALLAH
Namun yang mampu kuberikan adalah
kejujuran, ketaatan dan keikhlasan
 yang mampu kuberikan adalah
kebahagiaan dan ketenangan bersamamu
dalam menuju redha ILAHI
selagi nadiku masih bernafas
di dunia hingga ke syurga

Duhai isteriku
aku mencintaimu dengan segala yang aku miliki
Aku ingin menjadi yang terbaik
yang dapat menghiburkan hatimu
dan membuat engkau selalu tersenyum
melalui hari-harimu
engkau adalah anugerah terindah...

Subhanallah
Demi-Mu yang memiliki hati-hati ini
Engkau tautkanlah hati kami dengan rasa cinta
kepada-Mu yang tidak terbatas
Engkau satukanlah cinta kamidalam nama-Mu Yang Maha Agung
Dalam setiap nafas cinta kami
pasti ada cinta yang lebih hebat untuk-Mu daripada kami berdua

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: 10 KUNCI KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT :::✿


✿::: 10 KUNCI KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT :::✿

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
...
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


٠•●❤ Hidayah٠•●❤


"Hidayah itu seperti cahaya
yang tidak akan menyapa
mereka yang tidak membuka
jendelanya...."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥::: ANAK-ANAK ADALAH AMANAH :::♥


♥::: ANAK-ANAK ADALAH AMANAH :::♥

Anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti...
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.”
(Riwayat Ibnu Hibban)

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH


USTAZ DON DANIYAL


Kita jadi saksi bahawa apa yang Nabi Muhammad SAW kata makin hari makin betui...
Nabi kata, akhir zaman nanti orang akan jadi huru-hara, manusia makin takde ilmu...
tapi cara Allah bagi hilang ilmu bukan dengan cara bagi hapus Al-Quran, lupa ilmu,
TAK!!!
tapi Allah matikan ulama'...
sorang-sorang mati, sorang-sorang mati...
jadi pesanan saya, selagi boleh pulun ilmu, pulun...
sebab inilah bekal kita,
takdir kalau kita dipertemukan dengan dajjal...
... kita selamat INSYAALLAH...


-USTAZ DON DANIYAL

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥::: DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN :::♥


♥::: DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN :::♥


"Ya ALLAH tiada yang mudah melainkan ENGKAU jadikannya mudah dan tiada kedukaan melainkan ENGKAU akan hilangkan"....

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


٠•●❤ La Tahzan Innallaha ma'ana ٠•●❤


٠•●❤ La Tahzan Innallaha ma'ana ٠•●❤


Bagi sesiapa yang bersedih hati,
Bersabarlah wahai sahabat....
ini semua ujian dari Allah,
mungkin disebalik kepedihan dan kesakitan ini,
ada Rahmat yang terselindung..
siapa tahukan??
...
ini semua tanda Allah menyayangi kita...
Allah nak bagi bonus....
''Bonus ASA. Amanah saham akhirat''...
Orang yg ditimpa ujian itu tanda mendapat perhatian daripada Allah,
semakin kita redha dgn pemberianNya,
semakin banyaklah pelaburan kita di sana nanti...

La Tahzan Innallaha ma'ana٠...
:)

______________________________________

Dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.
mcm kita sekarang juga,
kita nakkan sesuatu kita kenalah usaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan...
Jadi kalau kita nakkan kasih sayang dan perhatian Allah S.W.T.
kenalah kita redha...
InsyaAllah mesti ada rahmat dan nikmat disebalik itu semua...
bersabarlah, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH..
InsyaAllah...
Ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

_______________________________________

Allah SWT berfirman:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Surah Al-Baqarah: Ayat 214)
Surah Al-Baqarah: Ayat 214

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥::: DOA BUAT SAHABAT :::♥


♥::: DOA BUAT SAHABAT :::♥

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya ALLAH,
izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga...
Yang diHiasi denGan keLopak akhlaK muLia...
HaRum wanginya denGan iLmu agama...
... CantiKnya keRana iMan & TaQwa,
Namun KeindaHan zahiRnya disimpaN raPi,
biAr meNjadi raHsia yanG kekaL abadi,
buKan perhaTian mata ajnabi,
yanG menJadi puncA fitnah hati dari lelaki yanG berJiwa sepi....
wajahnYa bukan mengunDang dOsa...
timbuLkan duRi yang memagari dirinya
agar terpEliharA dari nOda duniawi
yang meNghilangkan haruman sejati...
Yang memudarkan kecaNtikan diri
uNtuk engkau caloNkan dirinya sebagai biDadari sYurgaMu nanti...
Aamiin Ya Rabb...
__________________________________

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan..
Tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya..
Di dalam DOAnya.."
(Imam Al Ghazali)

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥ INDAHNYA UKHUWAH ♥


♥ INDAHNYA UKHUWAH ♥

◕"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan..
Tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya..
Di dalam DOAnya.." ~~(Imam Al Ghazali) (-_-)
◕..Bagaikan mencari sebiji benih,terselit dalam semak berduri...
Begitulah mencari sahabat sejati..
Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi..
...
Andai persahabatan itu bertiangkan Ilahi..
Pasti ia disertai kejujuran dan redhaNya..✿

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: TAKDIR ALLAH LEBIH INDAH :::✿


✿::: TAKDIR ALLAH LEBIH INDAH :::✿

Jika manusia mengecewakanmu,
Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu...
Jika manusia menzalimimu,
Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu...
Jika manusia melukaimu,
 Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu...
Jika manusia menyanyangimu,
ketahuilah bahawa
terkumpulnya cinta seluruh manusia dibumi ini tidak akan pernah
menandingi cinta ALLAH terhadapmu...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿ ::: YA ALLAH TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS ::: ✿


✿ ::: YA ALLAH TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS ::: ✿

Biarkanlah airmata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK, daripada tergoda dengan syaitan yang terkutuk.
Biarkanlah airmata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA, daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang derhaka.
Biarkanlah airmata kita mengalir kerana RINDUKAN SYURGA, daripada terpesona dengan DUNIA hingga diri tiada harga.
Semoga kita semua selalu dalam naungan Allah SWT...
Aamiin Ya Rabb...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

٠•●❤ Imam Syafi’i٠•●❤



◕..biarkanlah hari-hari berlalu..
lapangkanlah jiwamu dalam menerima takdirmu..
jangan pernah lelah dalam bersabar tatkala ditimpa musibah...
'kerana di dunia ini... tiada derita yang abadi'.....

(Imam Syafi’i)..◕

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿::: Lafaz Cinta selepas 'aku terima nikahnya' :::✿


✿::: Lafaz Cinta selepas 'aku terima nikahnya' :::✿


Jangan SERING kata "I LOVE YOU" kepada dia yang bukan mahram bagimu... Percayalah, apabila kamu berdua sudah berkahwin, perkataan I LOVE YOU sudah jadi biasa dan tidak romantik lagi...
Rugi bukan?
Kita nak ROMANTIK selepas kahwin atau "sebelum kahwin je"
Cuba tanya diri kita... :)
______________________________________
...
DIALOG SPECIAL :-

Isteri - Abang, abang tak menyesal ke kahwin dengan saya, saya kan tak cantik.. Abang Kata abang ada RAHSIA nak bagi tahu kat saya selepas kahwin? Apa rahsia yang abang nak beritahu tu? Kita sekarang sudah pun di ijab kabulkan?
Suami - Sayang, abang kahwin dengan awak bukan sebab awak ni cantik ke, buruk ke, tetapi kerana cinta yang ada dalam hati abang. Abang nak bina hubungan yang diredhai ALLAH. Abang tak nak kita bercintan-cintan sebelum nikah, kelak Allah tarik nikmat pernikahan itu.. Hehe, sayang masih ingat ye, hmm.. Malu lah, hehe.. Abang cuma nak cakap... Sayang, I LOVE YOU LILLAH ~ Forever~
Isteri- Subhanallah ^_^ , hehe... I LOVE YOU 2, 3, 4ever abang~ Inilah lafaz cinta dari abang pada sayang selepas 'aku terima nikahnya' ..
Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri anda agar lebih dekat kepada ALLAH. Agar hubungan yang dibina itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga sampai ke Jannah. InsyaALLAH....


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

~Ustaz Azhar Idrus~


"Kalau nak BERDAKWAH,
jangan harap semua orang akan suka...
Yang penting, buat SEIKHLAS mungkin..."
-UAI :)

#Moga dipermudahkan jalan dakwah kita, selagi termampu mari sama2 amalkan kebaikkan hindarkan kemungkaran.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

::: ♥ JODOH |USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"| ♥ :::


::: ♥ JODOH |USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"| ♥ :::


Ya ALLAH,
◆ Kurniakanlah daku PENDAMPING DAN ZURIAT yang soleh/solehah..
◆ Agar mampu terbina keluarga ACUAN AL-QURAN..
... ◆ Yang mampu MEMBAHAGIAKAN AKU di akhirat kelak..
◆ Yang mampu MENDOAKAN AKU ketika ketiadaanku kelak..
◆ Yang mampu MENEMANI AKU di syurga kelak..
Amin Ya Rabb..
______________________________________________

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup.
Begitulah juga... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

:::: KHAS UNTUK GADIS-GADIS YANG SUKA "BERPOSING" DI FB ::::


:::: KHAS UNTUK GADIS-GADIS YANG SUKA "BERPOSING" DI FB ::::

GADIS2 SEKALIAN..
SIMPANLAH KECANTIKAN ANDA KERANA IA TERSANGAT ISTIMEWA BUAT BAKAL SUAMI KELAK... ♥
#TAK RUGI PUN KALAU X UPLOAD GAMBAR DI FB :)—

pipi tak kembung? : usah dikembungkan
Mulut tak muncung? : usah dimuncungkan
Mata tak bulat? : usah dibulatkan
sampai harinya Allah bertanya, apakah motif kamu upload gambar
pipi kembung, mulut muncung, mata bula sepet? Nak biar orang kata 'nice?
waalaweeh!! Err.. MATA CANTIK, NICE PIC"
DAN KAMU DENGAN TAWADHUKNYA BERKATA "eh xde la,
kite tak comel, thanks" padahal dalam hati "OH YEAH!!...
That what i want!!??
kalau nak kata kat saya, hei!! ustaz! talk to my hand la! mind your own business la! sume bende nak bangkang!, kolot!"
XDE MASALAH....
cuma dihadapan Allah nanti, ingat...
alasan tu tak sah dan tak valid...
agak-agak nak jawab apa??

imam Muda Fatah

______________________________________



BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

Monday, 25 June 2012

✿:::Ustaz Azhar Idrus:::✿




Haram Jawab tak tutup aurat sebab tak sampai seru,
sebab seruan dah ada dalam Al-Quran yg turun 1400 tahun dahulu..

-Ustaz Azhar Idrus

Renung2kan dan Sebar2kan...
Amal Tanpa Ilmu kita jadi manusia yang rugi...
Ilmu tanpa Amal kita jadi manusia yg Bodoh...

Selamat beramal, semoga kita Bahagia dan selamat dunia Akhirat..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH