subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Sunday, 13 May 2012

MUSLIMAH


"Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak 
adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. 
Dan banyak menangis dalam diam..."

-Ustaz Azhar Idrus. 


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


KAUM ADAM JANGAN


 KAUM ADAM JANGAN

Jangan pikat WANITA kalau anda tak sedia cintakan dia...

Jangan buat WANITA jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...

Jangan memberi WANITA harapan kalau anda tak pasti...

Jangan sakiti hati WANITA kalau anda tiada hati untuknya...

Jangan mainkan perasaan WANITA kalau anda tiada perasaan untuknya....

HARAM jika jadikan WANITA kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya....

_ Ustaz Azhar Idrus

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



Friday, 11 May 2012

~BUATMU MUSLIMAH~


~BUATMU MUSLIMAH~

Jadilah perhiasan dunia,
yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan.
Sirami jiwamu dengan titis haruman iman,
maka terpeliharalah diri mu dari fitnah dunia semata.
Semaikan akhlakmu dengan benih mahmudah,
menjadikan dirimu disenangi segala makhluk dan juga Al-Khaliq.
Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat,
sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi,
destinasinya menuju ke akhirat sana.
Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan.
Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya.
Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri,
natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa.
Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah...

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



mutiara kata


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya 
dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya."

~ Hadis Riwayat Al-Khatib


______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


AL-QURAN



Yang terbaik di antara kamu adalah mempelajari Al quran dan mengamalkannya.

Sesiapa pun yg membaca 1 huruf daripada Al quran, baginya pahala dan 1 pahala akn di gandakan sepuluh kali.

Aku tidak mgatakan Alif Lam Mim satu huruf,
Namun Alif satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Aurat dengan Siapa


AURAT DENGAN SIAPA?
INGIN TAHU?
JOM LIHAT CARTA DI GAMBAR INI.

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

♥ Biarkan Allah yang mengaturkannya ♥


♥ Biarkan Allah yang mengaturkannya ♥

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



PERNERANGAN TENTANG HARI IBU


Penerangan tentang hari ibu...

Hari ibu ialah hari mother church / ibu gereja kristian.
siapa nak sambut silakan.
siapa takot ROSAK AKIDAH jangan sambut.

-ustaz Azhar Idrus 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



Thursday, 3 May 2012

~Warkah Dari Ibu dan Ayah~


Di saat mereka menjengah usia tua....
dimana kita untuk membalas jasa???

~Warkah Dari Ibu dan Ayah~

Wahai anakku, 
Bila ibu dan ayah meniti usia senja, 
kami berharap engkau anakku
memahami dan bersabar dengan karenah orang tuamu.

Bila ibu dan ayah pecahkan pinggan atau 
menumpahkan sup di atas meja. 
Janganlah engkau anakku memarahi, 
menengking org tua ini 
kerana hati tua ini mudah benar terasa. 
Ketahuilah, mata ini semakin kabur pandangannya dan kami tak terniat melakukan sedemikian. 

Anakku, 
Bila ibu dan ayah dimamah usia 
telinga ini semakin hilang pendengaran. 
Jika telinga tua ini tidak dapat mendengar 
kata-katamu dengan jelas, 
kami merayu janganlah engkau anakku memanggil diri ini PEKAK! 
Ulanglah semula kata-katamu seperti kami terjerit-jerit memanggilmu sehingga tekak terasa perit 
ketika engkau tidak mendengar.

Wahai anakku,
di usia senja begini ibu dan ayah selalu mengalami lemah lutut.
bantu dan pimpinlah tangan ini seperti kami memimpin tangan kecilmu ketika engkau bertatih,
janganlah engkau berkata 'ibu ni lembab!' '
ayah ni terhegeh-hegeh!'. 
Maafkan kami kerana meyusahkanmu.
Di usia ini jua,
ibu dan ayah selalu berbicara tersekat-sekat 
seperti cd cetak r0mpak.
janganlah engkau berasa bosan atau jemu mendengarnya seperti kami mendengar kata-katamu yang pelat sewaktu kecil.
setiap patah yg engkau katakan menghiburakn hati ini..

Wahai anakku, 
maafkan ibu dan ayah jika tubuh tua ni berbau busuk dan menyesakkan hidungmu. 
Bukan kami ingin membiarkan tubuh tua ini berbau dan kotor.
ketahuilah saat air dingin membasahi kesejukkan mencengkam, tubuh ini mudah benar berasa lemah dan jatuh sakit. 
Sewaktu engkau kecil anakku, 
engkau taknak mandi kerana engkau mengatakan air sejuk.
kami terpaksa tawaf sekeliling rumah hanya semata-mata mengejarmu untuk memandikan tubuhmu.
ingatkah engkau anakku kenangan itu?

Anakku,
Jika engkau ada masa lapang, 
ibu dan ayah berharap engkau dapat meluangkan masa untuk berbual dengan kami untuk menghilangkan rasa kesunyian ini. 
Cukup hanya seminit itu sudah memadai kerana kami tau dan amat memahami bahawa engkau 
sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluargamu. 
Tentu tiada masa melayan dan mendengar cerita orang tua ini. 
Namun ingatkah engkau anakku 
sewaktu engkau sudah petah berkata-kata, 
ibu dan ayah selalu mendengar celotehmu dan dengan penuh semangat engkau bercerita tentang sahabat, 
tentang cikgu & pelajaran yang baru engkau ketahui dan cerita tentang teddy bear.
tanpa rasa bosan ibu dan ayah setia mendengar malah terhibur.

Wahai anakku, 
bila ibu dan ayah sakit dan hanya mampu terlantar di katil,
kami berharap engkau dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
ibu dan ayah mohon maaf bila kami terbuang air kecil. 
Kami tak sengaja untuk berbuat sedemikian anakku.

Hidup ibu dan ayah tidak lama anakku,
mungkin hari ini adalah hari terakhir bagi kami menghirup udara. 
Bila izrail menjemput,
kami berharap engkau berada disisi.
engkau megenggam erat tangan ini memberi kekuatan menghadapi sakaratul maut.
tanpa jemu engkau membisikan kalimah 'la ilaha illallah'.

Jangan engkau runsing anakku,
segala kesalahanmu akan kami ampunkan.
bila ibu dan ayah bertemu dgn Al-Khaliq kami akan membisikan padaNya agar merahmatimu... 
Terima kasih atas kesabaran dan kasih sayang yang engkau curahkan selama hidup ini.
Ketahuilah anakku engkau adalah permata di hati kami.

_____________________________________________

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Juzuk : 21 Surah : LUQMAN Surah No. : 31      ayat : 14


_____________________________________________


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri

Juzuk : 4 Surah : AN-NISAA' No. Surah : 4 Ayat : 36

____________________________________________

Cinta yang pertama perlulah mencintai Allah, 
kemudian mencintai Rasul,
seterusnya mencintai jihad dan
seterusnya pula adalah mencintai kedua-dua ibu bapa...
_______________________________________________

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH





~La Tahzan~


Jika sedih...

katakan pada Allah...

"Ya Allah janganlah Engkau sedihkan aku dengan hal-hal keduniaan...
tetapi Ya Allah sedihkanlah aku jika aku rindukan Syurga-Mu
dan rindukan untuk menatap wajah-Mu Ya Allah....

Aamiin Ya Rabbal Alamiin....
:'(

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




Wednesday, 2 May 2012

~Anggur & Arak~


~Anggur & Arak~

Seorang kafir telah menjemput seorang muslim ke rumahnya. 
Kafir itu memberikan muslim tersebut segugus anggur.
tanpa ragu-ragu muslim itu menjamahnya. 
Kemudian, kafir itu pula mempelawa & memberikan segelas arak. Dengan cara baik muslim men0lak pelawaan tersebut.
Lalu, org kafir itu btanya,

'' Bagaimana agama kamu melarang kamu minum arak tetapi membolehkan kamu makan anggur walaupon arak itu terhasil daripada anggur??

Org muslim menjawab persoalan dengan pertanyaan,

'' Adakah engkau mempunyai seorang anak perempuan?'' 
kafir itu menjawab, '' ya, ada''. 
Muslim itu bertanya lagi, 'adakah engkau boleh mengahwini anak perempuan mu itu?.
Dengan tegas dan yakin org kafir itu menjawab, '' tentu tidak b0leh''.
Muslim itu bkata, ''subhanALLAH..
engkau boleh mengahwini ibu namun engkau tidak boleh mengahwini anaknya.
Begitulah juga keadaan anggur dan arak.'' :)

____________________________________


~Grapes & Wine~

A non Muslim invited a Muslim
to his house and gave him
Grapes ,
the Muslim ate them ,
then he invited the muslim to a
cup of wine ,the muslim
refused ,

The non muslim asked him
how did u Muslims forbidden
wine and ate grapes although
the wine came from grapes ,
The muslim replied 'Do u have
a daughter' ,
He said yes ,
The muslim asked him 'could u
marry her' ,
The non muslim said no ,
The muslim said subhan Allah ,
u marry her mother and can't
marry her although this came
from this too... :)


pages seindahcintaislam.blogspot.com


__________________________________

Ayat-Ayat Allah S.W.T tentang larangan meminum arak dalam Surah Baqarah pada Ayat 219. 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa`atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Juzuk : 1 Surah : AL-BAQARAH No. Surah : 2 Ayat : 219




Lagi dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 90 hingga 91.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya..
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Surah Al Maa-idah Ayat 90 hingga 91

WAllahua'alam .

~LA TAHZAN~


"Lindungi kesedihan dengan senyuman,
Meskipun di hati penuh kedukaan,
Kerana ketabahan menghadapi dugaan, 
Menunjukkan kita masih mempunyai IMAN..."

InsyaAllah... ;)




______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~MARI BACA AL-QURAN~


Mari kita amalkan membaca al-Quran 
sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran 
atau 1 bulan 1 juzuk 
atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran 
untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat....



______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




~Renungan~


Mengingati TEMAN tanda PERSAHABATAN,
Mengingati MATI sumber keteguhan IMAN,
Mengingati AKHIRAT SEMULIA-MULIA ingatan,
Mengingati ALLAH nadi KETENANGAN..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH