subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Sunday, 22 April 2012

~DOAKU~




YA Allah,
Jadikan aku wanita yang solehah..
yang baik diantara yang terbaik...
dan kurniakan aku pedamping yang baik
dalam mendapat sesuatu yang terbaik dari-Mu
AaMiin Ya ALLAH...
_______________________________________

Jika kau rindu padaku,
Dahuluilah kerinduanmu pada DIA,
Jika kau cinta padaku,
Cintailah DIA melebihi cintamu padaku,
kerna DIAlah segala-galanya buat kau dan aku,
cinta sesama manusia hanya sementara,
sedangkan cinta pada Ilahi berkekalan selamanya,
tetapi, cinta manusia itu jambatan menuju syurga...
kerana lelaki dan perempuan yg saling mencintai kerana Allah
akan dinaungi di akhirat kelak...♥♥
________________________________________

Ya ALLAH..
Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya, 
tidak membawa KEBAIKKAN padanya,
maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya..
maka Kau jauhkanlah aku darinya..

Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA…
aamiin ya rabbal alamiin...
_________________________________________



Ya Allah 
temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah 
jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah, 
ku akui kelemahan dan kesilapanku..
andai pernah diriku menjadi punca jauhnya seseorang hamba daripadaMu, 
ampunilah aku Ya Allah.. 
Ya Allah 
peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..

Aamiin Ya Rabbal alamiin...

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

✿ DOA MENGHILANGKAN MENGANTUK ✿


✿ DOA MENGHILANGKAN MENGANTUK ✿

Di dalam Ayatul Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

-MAKSUDNYA:

"[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR"



______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~SABAR~




~SABAR~


S --> Sayang kepada ALLAH
A --> Amalkan sifat mahmudah
B --> Beramal walau sedikit tapi berterusan
A --> Al-Quran & Sunnah sebagai panduan & pegangan
R --> Redha atas semua ketentuan Tuhan
__________________________________

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Juzuk : 1 Surah : AL-BAQARAH No. Surah : 2 Ayat : 156


____________________________________

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Renungan






Kita selalu cakap, 
sayang mak sayang ayah 
tapi mcmner kita buktikan sayang tu?
Ibu bapa dah ajar kita solat dan diorang masih bertanggungjawab atas anak-anaknya...
kalau kita abaikan solat, dedah aurat dan lain-lain yang tak elok, 
adakah kita sayang ibu bapa?

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Senyum itu satu sedekah...




Senyum itu satu sedekah...

Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah S.a.w bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." 
(Hadith Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.a.w bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." 
(Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar).

Rasulullah S.a.w bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu." 
(Hadith Riwayat Muslim).

Imam Ibnul Qoyyim r.a dalam bukunya al-Wabil ash-Shayyib berkata, "Sesungguhnya sedekah boleh memberikan pengaruh yang menakjubkan untuk menolak berbagai bencana, walaupun pelakunya orang yang Fajir (pelaku dosa), zalim, atau bahkan orang kafir."

______________________________________________

^___^ 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

Friday, 20 April 2012

~BUATMU MUSLIMAH~




~BUATMU MUSLIMAH~

Jadilah perhiasan dunia, 
yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. 
Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, 
maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlakmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. 
Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, 
sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, 
destinasinya menuju ke akhirat sana. 
Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Thursday, 19 April 2012

♥ WANITA ACUAN AL-QURAN ♥


♥ WANITA ACUAN AL-QURAN ♥

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT 

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




Tuesday, 17 April 2012

~APAKAH ITU QARIN ?~


APAKAH ITU QARIN ?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. 
Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. 
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. 
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. 
Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. 
Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. 
Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya.
 Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. 
Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. 
Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. 
Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai 
dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, 
banyak berzikir, membaca al-Quran 
dan 
taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: 
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, 
dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. 
Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah.

" Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: 
"Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: 
"Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" 
Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." 
Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" 
Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" 
Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." 
Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" 
Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."

(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
 "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, 
iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. 
Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: 
Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, 
bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. 
Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, 
sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. 
Maka ditanya mengapa engkau kurus, 
"Bagaimana aku tidak kurus, 
apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, 
makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." 
Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: 
"Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. 
Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, 
sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. 
Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. 
Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

~Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, 
terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI-KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:



______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Monday, 16 April 2012

~KITA DAN AURAT~


KITA DAN AURAT...
tidak akan tertutup dgn sifat lembut,
tidak akan tertutup dgn berperangai baik, 
tidak akan tertutup dgn kata2 yg baik,
tidak akan tertutup dengan solat 
tetapi akan tertutup dgn pakaian yang sempurna...
^_^
_________________________________________

“..Wanita yang menutup auratnya pastinya ia telah berpakaian namun orang yang berpakaian belum tentu semuanya menutup aurat..”
__________________________________________

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti 

– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
___________________________________________

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. 
Bermaksud : 

Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya...

– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 


"Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan"

_____________________________________________

-admin: AsrarQalbi
seindahcintaislam :) ♥

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH





~NASIHAT BUKAN BERMAKNA NAK TUNJUK BAIK~



~NASIHAT BUKAN BERMAKNA NAK TUNJUK BAIK~

Mesti ada dikalangan kita penah alami mcmni....

"kadang bila kita nasihat orang, 
orang susah nak terima malah dia akan cakap 
sibuk nak nasihat orang, 
diri sendiri pun tak betul nak nasihat orang konon macam la diri tu bagus sangat.
lebih baik jaga tepi kain sendiri daripada sibuk je nak jaga tepi kain orang"

_______________________________________


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, 
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. 
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, 
nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Imam Hasan al-Basri-
_______________________________________


Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita.. 
dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain.. 
kerana orang arab selalu kata, 
nobody is perfect! :)



tegurlah saya wahai sahabat kalau saya salah, 
dan saya juga bila saya plak menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, 
tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan? 
Dan pembaikan itu lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati...


_______________________________________________
-admin, AsrarQalbi
seindahcintaislam :) ♥

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




Sunday, 15 April 2012

♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥


♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
____________________________________________

Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...
___________________________________________
-admin, annaseoranghamba 
seindahcintaislam :)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH