subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Wednesday, 14 March 2012

✿ SEMENTARA MASIH DIBERI WAKTU ✿


✿ SEMENTARA MASIH DIBERI WAKTU ✿

~Ambil waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

~Ambil waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

~Ambil waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

~Ambil waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

~Ambillah waktu untuk mencintai dan cintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

~Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

~Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

~Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

~Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

~Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju Syurga...

"Sakit, pedih, suka, duka, gembira, bahagia,
segala yang kau tempuhi didunia hanyalah sementara,
kau tetap perlu terus melangkah walau seperit mana yang kau rasa,
kerana setiap kisah kita punya penghujungnya,
andai kau berhenti melangkah dan mensia-siakan segalanya, 
maka disitulah akhirnya kisah hidupmu didunia..."

"Hidup umpama buku,
kita tidak akan tahu akhirnya,
andai takut untuk membaca helaian seterusnya..."

"Sahabat, sementara kita masih diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk bernafas dan hidup diatas bumi-Nya ini, marilah kita mengumpul bekalan sebanyak yang mungkin untuk dibawa ke tempat yang abadi disana(Akhirat)..."

-admin, anahambayanghina. :)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Thursday, 8 March 2012

♥ SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN ♥


♥ SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN ♥ 

♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG..

♥ Nak kena tutup sana, tutup sini

♥ Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

♥ Perempuan, stoking pon kena pakai

♥ Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

♥ Komfem x tahan bertutup semua

♥ Tapi, perempuan cool jek

♥ Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang

♥ Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

♥ Nak pergi kelas pon susah

♥ Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

♥ Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

♥ Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

♥ Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

♥ Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

♥ Hebat kan perempuan..

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang..

♥ Hati ni Allah jadikan lembut betul

♥ Cepat jek sensitif

♥ Cuba tengok orang putus cinta

♥ Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

♥ Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

♥ Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

♥ Siapa yg paling teruk menangis..

♥ Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

♥ Lembut tak lembut hati perempuan

♥ Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

♥ Hebat tak perempuan?

♥ Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

♥ Diorang cakap, Allah x adil

♥ Kenapa Allah lebihkan lelaki..

♥ Kenapa perempuan kena dengar cakap suami..

♥ Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..

♥ Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

♥ Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

♥ Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

♥ Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

♥ Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

♥ Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

♥ Kesian kan kat diorang..

♥ Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

♥ Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

♥ Persoalannya sekarang

♥ Betul ke Allah x adil dengan perempuan.. 

♥ Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

♥ Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya..

♥ Betul, isteri kena ikut cakap suami

♥ Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

♥ X adil lagikah Allah pada perempuan..

♥ Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

♥ Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

♥ Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

♥ Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

♥ Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

♥ Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

♥ MashaAllah, hebatnya perempuan kan..

♥ Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

♥ Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

♥ Banyak lagu pasal perempuan kan..

♥ Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

♥ Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

♥ Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

♥ Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

♥ Orang akan cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

♥ Kita x pernah dengar orang cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

♥ Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu..

♥ Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan..

♥ Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

♥ Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

♥ Perempuan senang nak masuk syurga

♥ Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

♥ X adil lagikah Allah dekat perempuan..

♥ Oh perempuan, sedarlah

♥ Betapa sayangnya Allah dekat kita

♥ Betapa cintanya Allah dekat kita

♥ Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah...

♥ Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

♥ Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

♥ Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

♥ Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..

♥ Sekadar perkongsian bersama ♥

♥ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~ ♥

♥ Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi ♥

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


| Kenapa Allah Cipta Neraka ? |


| Kenapa Allah Cipta Neraka ? |

Ini kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿USAH DIBELENGGU KESEDIHAN✿


✿USAH DIBELENGGU KESEDIHAN✿

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.

Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Bertasbihlah menggunakan 'alat' yang boleh kita bawa masuk ke kubur..!~


~Bertasbihlah menggunakan 'alat' yang boleh kita bawa masuk ke kubur..!~

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Ibu~


"Ibu, 
pinjamkan aku air matamu sebentar, 
untuk sebuah penyesalan, 
saat aku bercerita tentangmu di hadapan Tuhan..."

Ibu 
Maafkanlah aku kerana aku percaya,
didalam hatimu selalu ada tangis
yang tak pernah terlihatkan olehku..
 
______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



Wednesday, 7 March 2012

Setia seorang ayah, Sesalan seorang anak


Setia seorang ayah, Sesalan seorang anak

Assalamu'alaikum w.b.t
In the of ALLAH the most beneficent and the most Merciful

sekadar berkongsi:

kisah yang insyaAllah menjadi tauladan pada diri ana dan sahabat sekalian.
--------------------------------- 

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...
lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya,
seorang hartawan yang ternama...
si ayah hanya tersenyum...
si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.. 

Beberapa bulan berlalu...
ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..
hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah 
memanggil si anak ke bilik bacaannya..
si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...
si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang 
kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...

si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...
si anak terkesima...sungguh...bukan 
itu yg kuhajatkan...
dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...
matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... 

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...
penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...
si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...
nafsu mudanya bergelojak... 

ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...
sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...
al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...
pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...
memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... 

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...
cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...
sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...
dari peguam ayahnya...
ayahnya meninggal dunia semalam...
dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...
si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta... 

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...
si anak pulang ke banglo ayahnya...
memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...
hatinya sebak..
bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...
al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...
bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...
perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..
membelek2-nya dengan penuh keharuan...
tiba-tiba...
jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...
di muka belakang al-quran itu...
sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...
hatinya tertanya-tanya...
nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...
dibeli pada hari konvokesyennya...

Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...
sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..

"hadiah teristimewa utk putera kesayanganku...."

air mata si anak menitis deras...
hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...
selama ini, dalam kegembiraan dia mengecapi kejayaan bersama isteri dan anak-anak..
ayahnya yang tua masih setia menunggu anak kesayangannya dengan penuh pengharapan sehingga ke akhir hembusan nafasnya.. 
namun semuanya sudah terlambat... 
tiada lagi insan yang dipanggil ayah itu didunia ini.. 
jasad itu sudah bersemadi menemui Ilahi..
dan ucapan maaf dari anak ini tidak dapat didengar lagi..
yang tinggal hanya sesalan seorang anak..
dalam esak tangis sendirian.......


Sekadar renungan bersama:
berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, 
hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", 
didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? 

wallahu'alam

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH