subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Wednesday, 7 March 2012

~ Kesabaran Nabi Ayub A.S~


Nabi Ayub terkenal dengan kisah penderitaannya menanggung penyakit aneh, diceritakan kudis di seluruh tubuh Nabi Ayub sangat teruk sehingga sedikit demi sedikit tubuhnya dimakan oleh ulat yang keluar dari kudis-kudis tersebut.

Allah menguji Nabi Ayub dengan penyakit tersebut, namun sedikit pun nabi Allah itu tidak merungut. makin derita, makin beriman. dia tidak pernah meminta Allah menyembuhkan penyakitnya. apa yang dia lakukan hanyalah bersolat, berzikir dan berdoa kepada Allah agar diampunkan dosanya dan diberikan kekuatan.

namun apabila ulat-ulat itu sudah mulai hampir kepada bahagian mulutnya, barulah Nabi Ayub berdoa....

“ya allah, janganlah kau biarkan ulat-ulat ini menghancurkan lidahku.. kerana aku ingin menyebut nama-Mu, aku mahu solat dan berzikir pada-Mu dengan sempurna..”

subhanallah,,

Betapa kuatnya cinta Nabi Ayub pada Allah,
Makin derita makin kuat cintanya pada Allah.
makin diuji makin bertambah kuat imannya....

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿~RINTIHAN SEORANG SAHABAT~✿


✿~RINTIHAN SEORANG SAHABAT~✿

Ya Allah,
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu 
Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu 
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..

Ya Allah, 
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. 
Aku buta tanpa bimbinganMu.. 
Aku cacat tanpa hidayahMu.. 
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah,
Ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu..

Ya Allah,
Ya Tuhanku... 
Aku hanya ingin menjadi 
SAHABAT yang dirahmati 
SAHABAT yang dikasihi 
SAHABAT yang soleh solehah
SAHABAT yang sentiasa dihati 

Aamin, aamin Ya Rabbal Alamin.. 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



~Cinta Hakiki~


Cinta itu bukan pilihan...
Cinta itu ikhlas dari hati,
jika tepat pada masa ketika,
keadaan dan siapa,
Cinta itu adalah kuasa luar biasa, 
yang tiada bandingannya...

Bila kita memang dijodohkan,
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan,
Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha 
pastikan tiada hasilnya,

Ya Allah,

Ajarkan kami mencintai dgn sederhana,
Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta,
Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,

Ya Allah,

jagalah kami dari dosa dunia,
jagalah dia dari dosa cinta,
Aku mencintainya karana-Mu,
Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki 
dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Tuesday, 6 March 2012

Mawaddah warahmah


Bila ada yang SAYANG, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang MENANTI, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang SETIA, lakukan yang sama..
Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia bererti..

Kerana bila dia TIADA di sisi, kamu akan sunyi dan sepi..
hargailah INSAN yang kamu sayang selagi mereka masih ada..
BERSYUKUR dan terimalah dia seadanya..

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


✿~11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT~✿


✿~11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT~✿

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




♥ BUAT SAHABAT YANG KU SAYANG... ♥


♥ BUAT SAHABAT YANG KU SAYANG... ♥

Sahabat,
Jika waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang hayat, ingatlah aku selagi kau mampu,
Jika waktu mendatang memisahkan keakraban antara kita,
ukirlah sesuatu tentangku di hatimu,
Agar nanti tika kita kembali bersua di suatu persimpangan,
kau masih mengingati siapa aku dihatimu...

_________________________________________________

Rasulullah Saw berwasiat agar aku menyayangi mu sebagaimana aku menyayangi diri ku sendiri, malah tidak akan sempurna iman ku jika aku tidak mencintai mu..

tapi ingat... cinta ku adalah seiring cinta mu kepada agama (Allah), dan jika kau meninggalkan agamamu, maka aku jua akan meninggalkan mu...
semoga Allah sentiasa membimbing kita menuju jalan pulang...


______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Hiduplah dengan Kasih Sayang, Mawaddah Warahmah


✿~Tak Faham, Kita Terangkan -----> Bukan Ketawakan....
✿~Tak Tahu, Kita Tunjukkan -------> Bukan Dimarahkan....
✿~Tak Betul, Kita Nasihatkan ------> Bukan Diumpatkan....
✿~Tak Jelas, Kita Jelaskan ---------> Bukan Dirumitkan....
✿~Tak Mampu, Kita Usahakan ----->Bukan Dimanjakan....

Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan,
Tidak ada diantara kita yang sempurna,
Hiduplah dengan Kasih Sayang,
Mawaddah Warahmah ♥

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Bersyukurlah kita~


~~ Sentiasa bersyukur dengan nikmat2 yang Allah berikan kepada kita ~~
ALHAMDULILLAH ♥

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~kesabaran~



"Setiap kali kita mengerjakan amal kebaikan, 
Ada ganjaran untuk pahala sabar itu.
selagi kita berjihad untuk mempertahankan iman dalam hati,
berjihad untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik,
berjihad menegakkan agama Allah ini,
ada tertulis pahala sabarnya."

semakin tebal iman seseorang tu, 
semakin hebat dugaan 
yang dikurniakan oleh yang Maha Esa..
Manusia itu diuji mengikut tahap kemampuannya....

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Monday, 5 March 2012

~Pemilik tulang rusukku~


"Bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku??
Pasti akan ku tunggu saat indah itu Ya Khaliq.
Titipkan salamku padanya walau dimana pun dia berada.
pertemukan kami dalam keadaan mulia dan penuh Rahmat-Mu. 
AMIN YA ALLAH.." 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Sunday, 4 March 2012

♥ KENAPA MAK SAYANG SAYA? ♥


♥ KENAPA MAK SAYANG SAYA? ♥

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..
( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

-jangan hampakan harapan ibu ayah kita, 
JOM JADI ANAK SOLEH SOLEHAH :)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


♥ CINTA SAMPAI SYURGA ♥


♥ CINTA SAMPAI SYURGA ♥

Husband : Can I marry again??

Wife : With whom? :'(

Husband : With you..

Wife : ??????? ==''

Husband : in the ALLAH'S HEAVEN. ♥♥♥

_________________________________________

-Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

-Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

-jom kawen, kapel xbest :)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


Saturday, 3 March 2012

~Mencintai Allah~


"Jika kita benar-benar 
berusaha mencintai Allah, 
pastilah Dia akan berikan cinta-Nya,"
♥ ♥ :)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH




~Cinta Allah Cinta Hakiki~


"Ya ALLAH Kurniakanlah daku cinta-Mu,
orang yang mencintai-Mu serta amalan-amalan
yang membawa aku kepada cinta -Mu."

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Rasa ini~


"Bukankah cinta itu indah? 
cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. 
tetapi apalah ertinya cinta pada insan 
jika cinta pada Khaliqnya belum tercapai." 



Rasa ini...
Ya Allah hanya Engkau yang mengerti.....
Apa yang tersurat di wajah...
Apa yang tersirat di hati...
Tiada mampu lagi kumenepis..
rasa ini... 

Berulang kali ku mencuba 
Agar rasa ini jauh dari hati..
Bukan kerana aku benci..
tapi..
Bimbang hadirnya rasa ini...
Bisa menjauhkan aku dariMu...

Tapi Ar-Rahman...
Dikau berkuasa atas segalanya...
Rasa ini makin kuat aku menepis..
Makin mudah ia menghampiri...
Akhirnya...
aku pasrah jika ini ketentuanMU...

Ya Hanan..
Tiada insan mampu menepis rasa ini...
Rasa kasih, sayang, cinta dan rindu sesama insan..
Untuk itu Ya Karim...
Pimpinlah setiap kasih sayang cinta dan rinduku ini
Agar sentiasa di bawah pimpinanMu...
Janganlah sesekali rasa ini dibiarkan menghampiri murkaMu

Ya Ghaffur...
Andai rasa ini dibawah pimpinan dan redhaMu
Sampaikanlah rasa ini terus ke dalam hatinya 
Tanpa sebarang bicara nyata..
Jadikanlah rasa ini pendorong kepadanya suka bermunajat kepadaMu di malam hari..
sayang akan Islam..
kasih akan ummat Muhammad SAW
cintakan jihad dan...
rindu untuk syahid...

Ya Allah..
pimpinlah rasa ini...
agar aku terus taqarrub denganMu...

Aamin.... 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH