subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday, 1 March 2012

~11 GOLONGAN AHLI NERAKA~


11 GOLONGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18: 

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." 

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan 
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat 
ini?" Maka Rasulullah S.A.W menangis sebelum menjawab soalan tersebut 
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh Baginda. Lalu Baginda
menjawab: 

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan 
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka 
adalah seperti berikut: 

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana 
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu. 

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular 
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang 
berdusta. 

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan 
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah 
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan 
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan 
kebenaran. 

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan 
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati 
sebelum bertaubat. 

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. 
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim. 

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang 
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua 
ibu bapanya. 

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, 
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar 
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. 


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas 
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih 
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati 
dalam keadaan bertaubat." 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Ukhwah Fillah Abadan Abada~


Sahabat,

di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,

ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya, 
aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..
Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..
Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..

ukhwah fillah abadan abada...

UHIBBUKUM FILLAH!

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



~Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati~



"... Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati ..."


"Akan tiba saatnya di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG,
bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya,
tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya,
dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..."

___________________________________________________

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

___________________________________________________

"CINTA itu adalah TANGGUNGJAWAB,
ianya perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin,
CINTA itu adalah FITRAH,
setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai,
tapi CINTA itu hendaklah dibina atas dasar KEIMANAN..."

___________________________________________________

"Mencintai tidak semestinya memiliki,
Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..."

___________________________________________________

“Ubat rindu ialah Sunat Hajat,
Ubat cinta ialah sunat Tahajjud,
Ubat dosa ialah Sunat Taubat,
Ubat penyakit ialah Selawat”.

bersama kita suburkan cinta dibumi Allah,
-seindahcintaislam...:)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Cinta Hakiki~

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, 
namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. 
Suara lantang menegakkan kebenaran, 
namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. 
Munajat mengalir di ruang lidah, 
namun jasad tak kuat nak bermujahadah. 
Kita kata sayangkan DIA, 
tapi hakikatnya, 
si dia tetap pertama di sanubari kita. 
Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA 
tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. 
Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. 
Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? 
Kerana dia, 
kita pinggirkan DIA. 
Adakah DIA berpuas hati?? 
Tepuk dada, 
tanya iman kita yang masih berbisa... 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



~Ukhwah Fillah Abadan Abada~


Sahabat2 ku ...

Tetapkan niat...

Di mana ada benci,
biarlah kita membalasnya dengan sayang...
Di mana ada hati yang terluka,
di situ biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...
Di mana ada duka,
di situ biarlah kita yang menjadi penghiburnya...
Di mana ada perselisihan,
di situ biarlah kita yang merapatkannya...
Di mana ada keraguan,
di situ biarlah kita yang meyakinkan...
Di mana ada putus asa,
di situ biarlah kita menebarkan harapan...
Di mana ada kesedihan,
di situ biar kitalah yang berkongsi bahagia...
Di mana ada kegelapan,
di situ biarlah kita yang membawa cahaya…

Jadikanlah kasih mengasihi itu amalan hidup kita...
Selagi kita mahu membantu dan mengasihi orang lain...
selagi itulah kita akan mendapat ‘geran’ dariNya...
InsyaAllah....

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



JANGAN BERSEDIH SAHABAT (LA TAHZAN)


JANGAN BERSEDIH SAHABAT (LA TAHZAN)

Firman Allah SWT maksudnya : “Janganlah kamu bersedih (La Tahzan) sesungguhnya Allah selalu bersama kita”. (Surah At- Taubah ayat 40).

Huraiannya :

Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan.Namun semua ini bukan penghalang untuk kalian kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya, dengan senyuman dan kecerian kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati
atau ditimpa masalah dan musibah ada yang menanggis.Dalam situasi kalian tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yang tidak tenang.

Paling penting, kalian perlu menyediakan diri kalian untuk menghadapi dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika kalian melarikan diri. Masalah akan selesai jika kalian berusaha dengan tenang. Memang susah! memang payah! Ada ketikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan.Tapi bila kalian menerima setiap yg berlaku didalam hidup kalian ini sebagai ujian, kalian redha dengan ketentuan takdir daripada Allah SWT kalian akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.

Bersedih hanya melemahkan semangat yang berkobar-kobar, melumpuhkan dan boleh membekukan jiwa. Kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas tidak berdaya.

Mengapa demikian ?

Tidak lain kerana kesedihan hanya... memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Itu ertinya sama sekali tidak bermanfaat bagi hati. Bahkan kesedihan itu merupakan satu hal yang paling disenangi syaitan.

Maka dari itu, syaitan selalu berupaya agar seorang hamba bersedih untuk menghentikan setiap langkah kebaikan. Sebagaiman firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan supaya orang-orang mukmin berdukacita.” (Surah al-Mujadilah ayat 10).

Bersedih tidak diajarkan juga tidak bermanfaat. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW. selalu memohon perlindungan dari Allah SWT agar di jauhkan dari kesedihan.

Baginda selalu berdoa seperti ini: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita.” Atas dasar itu, sebaiknya kalian berusaha untuk sentiasa gembira dan berlapang dada.

Jangan lupa memohon kepada Allah SWT agar selalu diberikan kehidupan yang baik dan diredhai-Nya. Kejernihan hati dan kelapangan fikiran itulah kenikmatan-kenikmatan di dunia.

Betapapun sebagian ulama adamengatakan bahawa : "Dunia ini terdapat syurga, dan barangsiapa tidak pernah memasuki syurga dunia itu, maka ia tidak akan masuk syurga akhirat."

Teruskan bermohon dan berdoa kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang agar Dia melapangkan hati kita dengan cahaya iman, menunjukkan hati kepada jalan-Nya yang lurus, dan menyelamatkan kita kehidupan yang susah dan menyesakkan dan dipilih memasuku syurga-Nya seluas langit dan bumi. Aminn...

'' Ya (الله).... Give us a Chance To See Kaaba "
'' Ya (الله).... Give us a Chance To See Madina "
'' Ya (الله).... Forgive Our Parents "
'' Ya (الله).... Make Us Good Muslims "
'' Ya (الله).... Help The Poor "
'' Ya (الله).... Help Us in Education "
'' Ya (الله).... Give Health to ill People "
'' Ya (الله).... Help Those Who Want To Marry "
'' Ya (الله).... Give Us A Hidayah "


"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

(Surah al-Mu’min, 40: 60)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH



Renung seketika...


Renung seketika...

Ketika ini aku terfikir, 
siapakah aku disisi Allah?
Kenapakah aku diciptakanNya?
Aku punya banyak dosa...
Tak tertanggung rasanya...
Tapi aku perlu bersyukur...
Kerana Allah menciptakan aku sabagai manusia..
Yang punya akal untuk berfikir..

Tidak sebagai kucing atau anjing atau gajah..
Tapi Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia.
Cuba lihat kucing, ia manja..
Anjing pula, ia setia..
Dan gajah, ia gagah..
semuanya untuk manusia..

Ya... 
semuanya Allah cipta untuk manusia..

Tapi manusia yang Allah cipta untuk beribadah padaNya..
Buat onar dalam dunia..

Adilkah itu???

Wajarkah manusia yang khianat pada Penciptanya diberi syurga?
Ada manusia tidak mengaku adanya Tuhan didunia ini.
Ada manusia menyembah benda lain yang dianggap Tuhan..
Ada manusia suka merosak dan membunuh apa saja..
Ada manusia ingin kaya, glamour dan dihormati..
Ada manusia salahkan Tuhan bila kesusahan menerpa..

Jadi yang manakah kita???

Jikalau tak percaya semak semula diri kita..
Kita manusia yang sering berbuat dosa dan lupa..
Jika ingat..
syukurlah.
Bertaubatlah kita agar kita dicintai oleh Pencipta..
Dia Maha pengasih..
MahaPengampun..

Syukurlah kita kerana kita manusia 
yang bila lupa kita akan ingat semula 
dan bertaubat atas kealpaan kita. 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~ Jika mereka sibuk mencari cinta ~


Jika mereka sibuk mencari cinta,

Biarlah kita sibuk mencari iman.



Jika mereka sibuk mencari pasangan,

Biar kita sibuk mencari keredhaan.



Jika mereka menangis kerana kecewanya bercinta,

Biar kita menangis mengenang dosa semalam.



Jika mereka cintakan kemanusiaan,

Biar kita cintakan Allah.



Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,

Biarlah kita dambakan ukhrawi...

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~ AnDai PeRjUaNgaN iNi MuDaH ~


AnDai PeRjUaNgaN iNi MuDaH,
PasTi RaMai MenYeRTaiNyA..
AnDai PeRjUaNGan iNi MeNjAnJiKaN KeSeNanGaN,
PasTi RaMai YanG TeRTarIK PaDaNya...
TaPi HaKiKaT pErJuAnGaN BuKaN BeGiTu..
TuRuN NaIkNya,
SaKiT PeDiHnYa,
uMpAmA kEmANiSaN YanG TiDaK TeRHinGgA..
AnDaI ReBaH BaNgKiTlAh SeMuLa,
AnDai TeRLukA IngaTLaH JaNJinYa...

"BeKeRJa Di DuNiA,BeReHaT Di sYuRgA" 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


10 tanda Hati Mati...


10 tanda Hati Mati...

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hak-haknya. 

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan sunnah baginda. 

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 

4. Memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya. 

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya 

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya. 

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya. 

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati adalah seperti raja, 
sedangkan anggota lain sebagai tenteranya. 
Semua anggota-anggota ini akan taat dan patuh terhadap perintah rajanya ini, 
sesuai dengan maksud hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam: 
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. 
Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” 
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH