subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Thursday, 1 March 2012

~DETIK KEMATIAN~


~DETIK KEMATIAN~


Hayatilah dan bayangkan anda yang mengalaminya.... 

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku 
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku 
sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku 
ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. 
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat 
ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada 

ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. 
Derita sungguh. Nafasku sesak. 

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang,, 
mengucap..
Asyhaduallailahaillallah..
"ucapan itu di 
bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia 
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan 
nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang 
pernah merotanku kerana degil. 

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara 
itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" ,jawab 
doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada 
takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, 
kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin 
berbicara denganmu. Datanglah... .. 

Tapi mataku...  semakin gelap. Adakah aku sudah buta? 
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah 
dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang 
aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu 
ini. Tolong bukakan mataku. 

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayap kedengaran 
suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya 
mampu menangis saja. Dan bila tiba saatnya, Kita akan berpisah. 
Tapi,ibu..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan 
lah daku. 

"Yassin.. " bacaan yassin terngiyang-ngiyang di 
telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan 
dengan suara itu Apakah aku sudah menghampiri maut? Aku takut!!!!!!! 

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail 
datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut... 
 Aku semakin tegang dan demakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku 
tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi 
yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. 

"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku 
tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung 
resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan 
"Panas,dahaga,haus,panas
" tapi tiada siapa pun yang peduli. 

Nenekku datang,"Nenek... ... ... ..". "Kau dahaga cu, kau 
lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk 
syurga,minum air ini". 

"Ibu... ... ". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah 
susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, 
matilah dalam agama yahudi... ..". 

Ayah..kau datang ayah. "Matilah dalam agama 
yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama> yang membantu 
kau masuk ke syurga". 

"Nenek... .ibu... ..ayah... ... suara kau kah tadi?? Kenapa 
kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? 

"Mengucap sayang, mengucap. 
Asyhaduallailahaillallah... ... ". Ucapan itu di ajukan sekali lagi ke 
telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. 

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". 
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung 
hijau,katanya"Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. 
Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini,apa ini?. Akulah 
sakaratul maut!!!!!!
"Kedinginan menjalar, merayap 
perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku 
di selimuti sejuk. 
Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. 

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan 
Allah...".Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. 
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun... . 

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang 
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk 
menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk 
ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, 
hanyirnya, hancingnya ". 


"Assalamualaikum". 

"Siapa yang memberi salam itu?". 

"Aku". 

"Kau siapa wahai pemuda". 

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang 
yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.Rambutnya yang tidak 
terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning,coklat dan entah 
apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat 
nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya... ... jijik, loya, 
aku rasa...teramat loya melihatnya. 

"Kau tak kenal aku?" 

"Tidak!" jawabku tegas. "Mana mungkin aku kenal kau 
sehodoh dan sejijik ini". 

"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari". 

"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni 
wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari 
sini". 

"Akulah amalanmu yang keji... ... ... .". 

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! 
aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. 
Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan 
dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam 
barzakh nanti. Oh Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa 
dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan 
bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun 
tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk 
bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! 

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat 
kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata 
abah bengkak. 

Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?? 
"Tolong... .sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan 
tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku 
Aku malu... ..malu.....malu... ... !!!!!!". 

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih 
dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di 
bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan 
kain itu. 

"Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua 
buat aku macam ini? Tolong rimas... . panas... ... ..". Kemudian aku 
diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam 
menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang 
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang 
sendiri? 

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah 
kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah 
tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. 

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. 
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku 
di usung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam. 
Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. 
Tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana, kelihatan tanah 
perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku 
takut!!!!!!". 

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang 
besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke 
dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam 
memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku 
berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan 
tanah menutupiku. 

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi 
tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun...Dari Allah kita 
datang, 
dan kepada Allah jualah kita kembali". 

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya 
mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga 
an neraka itu jua benar...".Sayup sayap aku terdengar tok imam 
terus embaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin 
lama, akin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di 
timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. 
Terasa semakin gelap dan...
aku kini keseorangan. 

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan 
tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!! 
Aaaaaaaaa!!!!" 

Yang akan ikut mayat adalah tiga : keluarga, hartanya, dan amalnya. 


Ada dua yang kembali dan satu tinggal bersamanya; keluarga dan harta akan kembali, maka yang tinggal adalah amalnya. 

Ketika roh meninggalkan jasad, terdengar suara dari langit memekik, "Wahai Polan anak si Polan apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu, apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu, apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu, apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu." 

Ketika mayat tergeletak akan dimandikan, terdengar dari langit suara memekik, "Wahai Polan anak si Polan mana badanmu yang dahulunya kuat mengapa kini terkulai lemah mana lisanmu yang dahulunya fasih mengapa kini bungkam tak bersuara, mana telingamu yang dahulunya mendengar mengapa kini tuli dari seribu bahasa, mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia mengapa kini raib tak bersuara." 

Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik,"Wahai Polan anak si Polan berbahagialah apabila kau bersahabat dengan ridha Allah Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah, Wahai Polan anak si Polan ini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan." 

Ketika mayat diusung, terdengar dari langit suara memekik "Wahai Polan anak si Polan berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan berbahagialah apabila matimu diawali tobat berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat." 

Ketika mayat siap dishalatkan, terdengar dari langit suara memekik "Wahai Polan anak si Polan. Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat apabila baik maka kau akan melihatnya baik dan apabila buruk,kau akan melihatnya buruk." 

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat, terdengar suara memekik dari langit, "Wahai Polan anak si Polan apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita di sini wahai Polan anak si Polan dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis dahulu kau bergembira kini dalam perutku kau berduka, dahulu kau bertutur kata kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa." 

Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian, Allah berkata kepadanya, "Wahai hammba-Ku kini kau tinggal seorang diri tiada teman dan tiada kerabat ia sebuah tempat kecil, sempit dan gelap mereka pergi meninggalkanmu seorang diri padahal, karena mereka kau pernah langgar perintahku. Hari ini, akan Kutunjukan kepadamu kasih sayang-Ku yang akan takjub seisi alam aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya." 

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman, 

"Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam jannah-Ku" 

sekadar renungan bersama.... 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


♥ MENANGISLAH KERANA ALLAH ♥


♥ MENANGISLAH KERANA ALLAH ♥

Ingatlah setiap kali kita berdoa dan menangis mohon keampunan daripada Allah,
segala dosa kita akan terhapus dengan izin.
Sesungguhnya Allah maha Penyayang.
Selama ni kita menangis kerana takut kena tinggal kekasih,
menangis kerana kecewa,
menangis kerana gagal dlm peperiksaan atau percintaan.
Semuanya tak guna! 
Menangislah kerana takut dengan Allah..
Menangislah kerana kehebatan Allah..
Menangislah mohon ampun dengan Allah..
Allah sayang pada hambanya yang sentiasa menangis kerana takut 
akan kekuasaaNya dan menangis memohon ampun daripadaNya..

Air Mata di cipta bukan untuk di keluarkan untuk sesuatu yang tidak bermanfaat!.
TAPI, 
untuk MENGINSAFI KELEMAHAN diri.

Andai kau memerlukan kekasih, 
maka pilihlah Allah. 
Kiranya kau memerlukan teman sejati, 
maka dampingilah alQuran, 
andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, 
maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran.

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


♥ TENTANG CINTA ♥


♥ TENTANG CINTA ♥

"Mengenaliku, mencintaiku dan mengasihiku 
tidak akan membawa apa-apa manfaat kepadamu, 
kerana di suatu masa aku pasti akan pergi dan ini akan membuatkanmu kecewa dan bersedih..."
"Tetapi mengenali, mencintai dan mengasihi Allah S.W.T 
pasti akan memberi manfaat besar kepadamu, 
kerana Allah S.W.T tidak akan pergi darimu, 
dan Dia tidak akan sekali-kali membuatmu kecewa dan bersedih..." 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


UKHWAH ITU INDAH....


UKHWAH ITU INDAH....

a: kau rase kita kawan sampai bila?

b: sampai mati!

a: kenapa kau cakap mcm tu?

b: sebab aku sayang kau!

a: kau rase jarak masa kita berkawan berapa lama?

b: 5minit lg!


si 'a' terdiam lalu bertanya lagi:


a: apa yang kau cakap ni? 5minit? kata smpai kita mati?


lalu si b hanya tersenyum.


selepas 5 minit,

si 'a' yang melintas hampir-hampir dilanggar kereta tetapi diselamatkn oleh si 'b'.

benar kata orang tua-tua, bila hayat hampir tamat, kita dapat rasakannya.

lalu si 'b' berkata:

b: aku tepati janji aku. aku berkawan dengan kau sampai aku mati. lalu tersenyum gembira.

si 'a' hanya mampu menangis..

Terlalu ramai sahabat yang Allah kurniakan untuk diri kita.. 
sama ada kita menyedari atau tak sahabat adalah orang yang paling hampir dengan diri kita.. 
kita menganggap bahawa sahabatlah yang terlalu memahami kita.. 
tapi, tidakkah kita ketahui ada lagi sahabat yang lebih memahami diri kita.. dikala kita gembira, Dia akan lebih menggembirakan kita.. 
Dikala kita bersedih, Dia akan menenangkan kita.. 

berdoalah. 
Sahabat kita ini tidak akan pernah meninggalkan kita, 
melupakan kita walau apapun keadaan kita…

sahabat itu kadang-kala pengubat rindu kepada keluarga……
itu jika mereka yang membawa kita ke jalan Allah s.w.t.

kawan dan sahabat…
panggilan yang sama tapi membawa maksud yang berbeza….
kawan boleh kita cari…
sahabat belum tentu dalam seribu itu dapat jadi sahabat yang sejati

"SELEMAH-LEMAH MANUSIA IALAH ORANG YANG TAK BOLEH MENCARI SAHABAT DAN ORANG YANG LEBIH LEMAH DARIPADA ITU IALAH ORANG YANG MENSIA-SIAKAN SAHABAT YANG TELAH DICARINYA”"

kesakitan dalam PERSAHABATAN lebih perit berbanding kesakitan dalam PERCINTAAN..

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~La Tahzan innallaha ma'ana~


La Tahzan innallaha ma'ana....

"Bukan sengaja Allah membiarkan hamba-hambaNya TERUS MENDERITA,
Tetapi jauh dari itu DIA ingin memberi PAHALA TAMBAHAN untuk kita...
Kita tidak nampak pahala itu, 
Tetapi nanti di Akhirat kita akan jadi orang yang sangat kaya.
Malaikat akan menunjukkan kepada kita harta-harta yang dikumpulkan diAkhirat milik kita..
lalu kita bertanya kehairanan, ' Wahai Malaikat, dari mana datangnya begini banyak hartaku disini?' 
Lalu Malaikat menjawab, ' inilah pahala-pahala sabarmu ketika didunia dahulu. 
Dan juga segala yang kau minta didunia dahulu tetapi tidak engkau dapat, Allah menyimpannya untukmu disini.
Semua harta ini milik kamu kini'."

SUBHANALLAH....

"ALLAH BERFIRMAN dalam surah al - Hijr ayat 56,
Tidak ada orang yang berputus asa daripada Rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat..."


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(AL-BAQARAH : 155)

stanza cinta 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


~Sepucuk Surat Dari Tuhan~


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".


Sepucuk Surat Dari Tuhan

Saat kau bangun dipagi hari, Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada Ku, 
walaupun hanya sepatah kata, 
meminta pendapat Ku atau bersyukur kepada Ku atas sesuatu hal indah yang terjadi di dalam hidupmu kelmarin, 
tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri
untuk pergi bekerja. 
Aku kembali menanti. 
Saat engkau sedang bersiap, 
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa Ku, 
tetapi engkau terlalu sibuk.
Di satu tempat, 
engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apa – apa pun. Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. 
Aku berpikir engkau ingin berbicara kepada Ku tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk mendengarkan gossip terbaru. 
Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. 
Dengan semua
kegiatanmu, 
Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepada Ku.
Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke sekeliling, 
mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada Ku, 
itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. 
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara kepada Ku dengan lembut sebelum mereka makan,
tetapi engkau tidak melakukannya. 
Tidak apa - apa.
Masih ada waktu yang tersisa, 
dan Aku berharap engkau akan berbicara kepada Ku, 
meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan - akan banyak hal yang harus kau kerjakan. 
Setelah beberapa hal tersebut selesai engkau kerjakan, 
engkau menyalakan television, 
Aku tidak tahu apakah kau suka menonton television atau tidak, 
hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, 
tanpa memikirkan apa pun hanya menikmati acara
yang ditampilkan. 
Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepada Ku. 
Saat tidur Ku fikir kau merasa terlalu letih. 
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, 
kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tak lama kemudian. 
Tidak apa - apa karena mungkin engkau tidak menyadari bahwa Aku selalu hadir untukmu. 
Aku
telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. 
Aku bahkan ingin mengajarkanmu bagaimana bersabar terhadap orang lain. 
Aku sangat mengasihimu, 
setiap hari Aku menantikan sepatah kata, 
doa atau fikiran atau syukur dari hatimu. 
Baiklah... 
engkau bangun kembali dan kembali Aku akan menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberi Ku sedikit waktu. 
Semoga harimu menyenangkan.

Yang selalu menyertaimu setiap saat,

ALLAH SWT.

-Sekadar renungan, dalam hari2 yang telah berlalu, 
adakah setiap saat kita mengukir nama Allah dalam hati kita? 
atau kita sebenarnya sudah lama terlupa bagaimana untuk menghidupkan kembali hati yang sentiasa merindui Allah sepertimana Dia yang sentiasa merindui rintihan hamba-hambaNya.... 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


SEMUANYA AKAN MENJADIKAN KAMU TABAH SEKIRANYA...


SEMUANYA AKAN MENJADIKAN KAMU TABAH SEKIRANYA...

Ketahuilah oleh mu

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu..

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berjalan begitu saja.
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawapannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bertanya khabar.
Allah SWT selalu berada disampingmu..

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan 
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.
Allah SWT telah memberkahimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Allah SWT telah tersenyum padamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.
Allah SWT Maha Mengetahui.

Aku bukanlah insan sempurna... 
aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan.... 
moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku.....  

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH