Wednesday, 12 March 2014

::: PRAY FOR MH370 :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...




YaAllah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,

Permudahkanlah urusan kami. Hanya doa yang menjadi senjata kami wahai Pemilik Langit dan Bumi..

Allahuakbar...
InsyaAllah...

 



#PrayForMH370

"ALLAH MENGETAHUI APA YANG TIDAK KITA KETAHUI. MAKA BERDOALAH HANYA PADA DIA PEMILIK SEGALA ISI DUNIA."
 
 

Usah berhenti berdoa. Biar apa jua akhirnya, hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Sesungguhnya mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa dan cuma asbabnya sahaja berbeza.

 

Alhamdulillah semoga Allah memberkati usaha kita sejagat. Terima kasih untuk setiap usaha, terima kasih untuk setiap doa. Semoga Allah permudahkan urusan pencarian ini.

Ya Rabb,
Bantu kami,
Hamba-hamba yang lemah.
Yang kadang hanya mengingatiMu,
Saat kami kehilangan daya.
Dan sering melupakanMu,
Saat kami kecap bahagia.

Ya Rabb,
Ampunkan kami,
Kami hamba yang hina,
Ujian ini tarbiah dariMu sang Pencipta,
Permudahkan segalanya,
Sungguh tiada daya kami melainkan pertolongan dariMu.

Allahumma Aamiin.

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

______________________________


✿Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)✿  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


 

No comments:

Post a Comment