Friday, 23 August 2013

::: KISAH TAULADAN :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada
seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi
sungai. Sedang dia berjalan-jalan dia
terpandang seorang anak kecil sedang
mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi
menangis,

dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-
Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang
berbunyi,
"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu
anfusakum" yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah
olehmu sekalian akan dirimu.

"Saya menangis sebab saya takut akan
dimasukkan ke dalam api neraka.."

Berkata orang tua itu,
"Wahai anak, janganlah kamu takut.
Sesungguhnya kamu terpelihara & kamu tidak
akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang
berakal.

Tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan
api maka yang pertama sekali yang mereka
akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang
kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan
yang besar.
Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar
dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada
neraka daripada orang yang dewasa.
Maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Dunia adalah lautan yang dalam &
telah banyak manusia yang
tenggelam.
Justeru itu,
sediakanlah perahu untuk belayar
& ia adalah Taqwa kepada Allah..

(Luqmanul- Hakim)

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH
 

No comments:

Post a Comment