subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Monday 8 July 2013

:::.. Bagaimana kita mengiringi Ramadhan..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


:::.. Bagaimana kita mengiringi Ramadhan..:::

ORANG AWAM

- Pemergian Ramadhan disambut dengan riang ria

- Hari raya lebih bermakna daripada ramadhan

- Datangnya Aidilfitri melenyapkan ingatan pada Ramadhan yang berlalu.

- Lalai dengan sambutan Raya tanpa berusaha menjadikannya Ibadah.

- Hari raya menjadi gelanggang maksiat dan hiburan...

- Pohon amalan yang dibina sepanjang Ramadhan musnah sekelip mata ditelan oleh kemeriahan Raya...

 

SALAFUSSOLEH


- Pemergian Ramadhan diiringi dengan lelehan air mata.

- Hari Raya tidak bermakna jika ibadah ramadhan tidak diterima ALLAH.

- Hati mengharap agar bertemu Ramadhan seterusnya.

- Muhasabah diri dilakukan atas rasa penuh kehambaan.

- Memastikan kegembiraan Raya tidak bercanggah dengan erti Ramadhan.

- Istiqamah dan mempertahankan amalan yang dibina sepanjang Ramadhan....

______________________________

Sesungguhnya...
Kian berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala amal ibadah Allah berkati.

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment