Monday, 29 April 2013

:::.. Perbaikilah hubungan dengan Allah ..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Tidak akan lurus hubungan dengan manusia, selagi tidak tulus hubungan dengan Allah.

Perbaikilah hubungan dengan Allah, nescaya akan baiklah hubungan kita dengan suami/isteri, anak, sahabat, saudara, rakan sekerja, jiran tetangga...

Dosa itu mengotorkan jiwa...
Jiwa yang kotor akan merenggangkan persahabatan, persaudaraan dan apa jua ikatan sesama insan!

 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


2 comments: