Friday, 4 January 2013

:::..SAHABAT..:::


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


Sahabat ke NERAKA,
mudah dicari..

Sahabat ke SYURGA,
sukar ditemui..

sebaik-baik SAHABAT adalah sahabat yang dapat membawa kita ke SYURGA, bukan SAHABAT yang membawa kita ke NERAKA..



"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman atau sahabat kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

"Sebaik baik kawan itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Bila melihatnya akan menambahkan ilmu dan percakapannya akan menyemarakkan semangat kamu untuk bersedia mengumpul bekalan di akhirat sana."

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH





No comments:

Post a Comment