Wednesday, 21 November 2012

KENAPA PERLU BOIKOT? save GAZA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....




KENAPA PERLU BOIKOT?

:::IKTIBAR DARIPADA KISAH BURUNG KECIL:::

Kita di MALAYSIA amat beruntung kerana masih mempunyai pilihan samada untuk Belajar atau Tidak, Bekerja atau Menganggur, Kaya atau Miskin, Makan atau Berlapar, Ambil Tahu atau Tak Ambil Peduli… Anda Yang Tentukan Sendiri.., TETAPI rakyat Gaza langsung tidak diberi peluang untuk memilih samada untuk HIDUP / BAHAGIA atau MATI / MENDERITA…

Kempen Boycott

Sesiapa yang hendak makan burger di McD, bayangkan dahulu wajah2 syahid kanak2 di GAZA!!
Marilah kita sertai Kempen Boycott Israel Company, Yahudi Zionis Laknatullahalaih Di Seluruh Dunia Sementara...

Ambil iktibar daripada kisah burung kecil yang berusaha gigih memunggah air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Walaupun dikatakan usahanya itu sia-sia, si burung tekad dengan usahanya kerana katanya dia lebih takut jika ditanya Allah tentang sumbangannya kepada Islam di akhirat nanti."

Kisah perihal seekor burung kecil yang berulang-alik terbang membawa air dimuncungnya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.

Tatkala Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh kaumnya, lalu datang burung kecil menggunakan paruhnya untuk mengambil air lalu dilemparkannya pada api yang marak menyala.
Terdapat pula cicak datang kepada api lalu meniup-niupkannya agar menjadi lebih marak.

Ditanya kepada burung, “Mengapa engkau berbuat begitu? Tiada gunanya kerana air sekecil itu tidak akan mampu memadam api.”
Lalu si burung menjawab,

“Aku tak mahu disoal di akhirat kelak kerana berdiam diri dan tidak menghulur bantuan.”

Si cicak pula dilaknat kerana usaha bantu memarakkan api walau tiada guna tiupannya itu..

Setidak-tidaknya jika ditanya di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, ia dapat menjawab yang ia telah berusaha semampu yang mungkin pada kudratnya untuk melawan kebatilan...

SUBHANALLAH...

 “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin! Selamatkan saudara-saudara Islam kami di Gaza daripada Zionis Yahudi.. Ya Allah! Berilah pertolongan kepada Umat Islam di Gaza dan Palestin. Teguhkan iman saudara-saudara Islam kami, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana. Dikau hancurkan Pakatan musuh, Rejim Zionis laknatullah dan sekutu2 mereka…”

Aamiin Ya Rabbal Alamin..



______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  



ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment