Wednesday, 24 October 2012

::: SALAM AIDILADHA :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


 Saat berderai jatuh,
Titisan air mata IBRAHIM,
Melihat keteguhan iman,
Anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya,
Sejarah agung,
ERTI SEBUAH PENGORBANAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...
MAAF ZAHIR & BATIN...

kullu 'am Wa Antum bi Alfi Khoir...


 Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
    Maksudnya :

"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

(Hadith riwayat Tirmidzi) 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

1 comment:

  1. andai Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan zuriatnya demi rasa cintanya pada Allah,,apa salahnya kita mengorbankan segala perkara yang menghalang kita daripada terus tawaduk kepadaNYA..

    ReplyDelete