Tuesday, 16 October 2012

::: Jadilah KAMU Orang YANG Baik :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


Hidup ni tak terlepas dari dugaan. Sekarang baru ku sedar, makin banyak dosa makin besar dugaan.
TAFSIRAN ORG, MAKIN KITA DEKAT DGN IMAN MAKIN BYK DUGAAN ?
Kalau macam tu punya tafsiran, bermakna jahil itu lebih baik dari ber IMAN lah ?
KALAU SEJAK DARI AWAL KITA PUPUK DIRI DENGAN IMAN, INSYAALLAH PERJALANAN HIDUP DIPERMUDAHKAN. YANG DIKATAKAN MAKIN KITA DEKAT DENGAN IMAN MAKIN BANYAK DUGAAN IA MESTI BERSEBAB, SEBABNYA IALAH KERANA PERJALANAN HIDUP SEBELUM BERIMAN MUNGKIN DIRI JAUH DARI IMAN.

Oleh itu, bila banyak dugaan selepas beriman, janganlah kita salahkan iman. Itu kesilapan dari diri kita sebelum mengenal IMAN menyebabkan diri dinodai oleh dosa.

Allah sayangkan kamu, ALLAH UJI KAMU SEBAB ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA2 KAMU.JANGANLAH KAMU PATAHKAN SEMANGAT UNTUK TERUS BERIMAN WAHAI SAHABATKU YANG MEMBACA

kredit: sinarmawaddah.blogspot.com 

______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH


No comments:

Post a Comment