subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Wednesday, 17 October 2012

::: UKHWAH FILLAH :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak Halawatul Iman dapat kau nikmati..

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri...

_____________________________

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain hanya kerana Allah.
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku.

Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,

maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu..
Kerana PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI...

______________________________


Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)
______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment