subscribe

Followers

Nuffnang

page seindah cinta islam

Please like this page

Wednesday, 12 September 2012

:::REZEKI ITU MILIK ALLAH:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


:::REZEKI ITU MILIK ALLAH:::

>>>Ustaz Azhar Idrus: Kisah Kucing & Ikan

http://www.youtube.com/watch?v=8lEfyjycYnw

Kadangkala Allah hantar
'kucing' untuk menguji kita
samada kita sayang atau tidak
dgn rezeki Allah..

--Dia tidak meminta ikan untuk
digoreng

--Dia tidak meminta pinggan
yang elok ketika makan

--Dia tidak meminta air untuk
membasuh tangan

--Dia tidak meminta tisu untuk
lap mulut

--Dia hanya meminta sisa
makanan kita yang tidak habis

Tapi ?
Kenapa kita masih tidak bagi ?

P/s : Bersyukur lah kerana
rezeki sedikit yang diperoleh ,
berkongsilah dengan sesiapa
termasuk makhluk Allah yang
comel ini iaitu 'kucing'. .
Kelak kita akan mendapat
rezeki yang lebih lagi dari Allah.
InsyaAllah.

Please like this page...

page seindahcintaislam.blogspot.com

Syukran jazilan ... ;)

1 comment:

  1. salam kenal..

    tp andai kucing itu meninggalkan 'jejak' (najis)..nak diklasifikasikan sebgai ape...huhuhuuhhu...

    sekadar mencelah..andai silap maafkan saya..

    ReplyDelete