Monday, 16 July 2012

:::~ KEMATIAN MENJEMPUTMU~:::


:::~ KEMATIAN MENJEMPUTMU~:::

Sesungguhnya bumi menyeru mengingatkan manusia setiap hari 70 kali :
“ Hai anak Adam, makanlah dan bermegahlah kamu di muka bumi ini, demi ALLAH aku akan mengunyah dan menghirup kulit dan tulang-temulangmu setelah kamu masuk ke bumi (Mati) ”.

Bagi mereka yang mengenali hakikat diri sendiri maka pasti ia akan mengingati maut pada bila-bila masa. Maut yang sangat menakutkan itu akan datang tiba-tiba tanpa diundang.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda :
Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka.
Diberitahu kepadanya : Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh ALLAH pada Hari Kiamat.
Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.
Banyak-banyaklah kita bersyukur kepada ALLAH yang belum mematikan kita dan memberi kita peluang menyediakan bekalan untuk menghadapi SAKARATUL MAUT.
___________________________________________


أشهدُ أنْ لا إلهَ إلاَّ اللهُ
وأشهدُ أنَّ محمّداً رسولُ الله

(ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH)

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa NABI MUHAMMAD pesuruh ALLAH"
"I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah"
Kami memohon kepada Mu Ya ALLAH
semoga kalimat terakhir
yang akan kami ucapkan
adalah لا اله الا الله محمد رسول الله

Aamiin..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
LIKE SinarMawaddah  


ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment